Perlukah Tempat Tidur Di Tempat Kerja??

Perlukah Tempat Tidur Di Tempat Kerja??

Perlu ke Ada Tempat Tidur Kat Tempat Kerja || Syukur masih bernyawa.. Ok, apa pendapat anda?
To me....ada kebaikannya, dan tak salah jika disediakan. Macam aku, memang memerlukannya..Kadan-kadang mata letih sangat, nak jugak baring time rehat..kan...cuma ada limit masa..jangan sampai terlajak tidur pulak.... 

Baru-baru ni, AIA Vitality 2019 telah mendedahkan hasil kajian mereka mengenai tahap stres dan kekurangan tidur oleh para pekerja Malaysia di tempat kerja melalui satu tinjauan mereka, Malaysia’s Healthiest Workplace. Antara intipati hasil tinjauan tersebut ialah:

51% daripada pekerja di Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu dimensi stres atau tekanan yang berkaitan dengan kerja
Kebimbangan mengenai hal-hal kewangan telah menyebabkan masalah-masalah berkaitan kesihatan mental dengan 22% daripada mereka melaporkan bahawa mereka mempunyai masalah kewangan
Kadar kekurangan tidur semakin meningkat dengan 53% daripada para pekerja di Malaysia didapati tidur kurang daripada 7 jam seperti yang disarankan
Sebahagian besar pekerja menderita sakit leher dan bahu, dengan 84% daripada para pekerja melaporkan satu atau lebih masalah berkaitan muskuloskeletal
Untuk pengetahuan anda, kajian ini telah melibatkan sebanyak 230 organisasi atau syarikat yang berlainan saiz dan sektor di Malaysia yang mewakili seramai 17,595 orang pekerja... Wow!



Masalah yang sering dialami para pekerja
Berdasarkan kajian tersebut, antara masalah yang sering dihadapi oleh para pekerja ialah bekerja dengan terlalu lama di pejabat sehingga menyebabkan masalah kesihatan dan kekurangan waktu tidur seperti yang disarankan. Selain itu, terdapat juga pekerja yang melaporkan bahawa mereka sering mengalami keletihan setiap hari dan ada di antara mereka yang tidak boleh menentukan masa untuk berehat sehingga menyebabkan keletihan di tempat kerja.

Selain waktu kerja yang panjang, terdapat juga faktor-faktor lain yang menjejaskan kesejahteraan pekerja di tempat kerja seperti peningkatan beban kerja selepas waktu yang sepatutnya dan tekanan yang berkaitan dengan tugas kerja itu sendiri. 



Perlu tidur di tempat kerja?
Menurut Rita Aouad, seorang ahli psikiatri dan pakar mengenai tidur di Ohio State University menyatakan, nap atau tidur sebentar pada waktu tengah hari boleh membantu meningkatkan prestasi seseorang individu tanpa mengganggu waktu tidur individu tersebut pada waktu malam. Menurut Rita lagi, banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa, nap sekitar 20 minit pada waktu tengah hari mempunyai kesan yang positif terhadap mood kewaspadaan dan perhatian seseorang individu. 

Selain itu, nap di tempat kerja juga boleh membantu pekerja untuk melaksanakan kerja dan berkelakuan dengan lebih baik. Satu kajian yang dilaksanakan oleh University of Michigan menunjukkan bahawa, tidak tidur sepanjang malam boleh menjejaskan fokus atau perhatian seseorang pekerja. Selain itu, ia juga dapat menjejaskan kemampuan seseorang pekerja atau individu untuk mengawal tindak balas emosi yang negatif seperti marah dan sedih. 

Selain meningkatkan mood dan kewaspadaan seseorang, percaya atau tidak, nap juga boleh membantu meningkatkan kreativiti seseorang individu. Nap yang lebih lama boleh meningkatkan keupayaan seseorang individu atau pekerja untuk menyelesaikan masalah dengan lebih kreatif. Seorang pensyarah di Jabatan Psikologi, University of California, Dr. Sara Mednick menyatakan, tidur REM (rapid eye movement) meningkatkan pemprosesan kreatif seseorang individu secara terus dan ia memberi kesan dengan lebih banyak berbanding jenis tidur lain atau dalam keadaan berjaga. NASA dan juga Federal Aviation Administration, Amerika Syarikat juga mendapati, nap yang dilakukan dalam tempoh sekitar 20 minit boleh membantu meningkatkan prestasi psikomotor, mood dan meningkatkan kewaspadaan sehingga 54%.

HMMM.

Mungkin anda terfikir, idea untuk tidur di pejabat ini agak keberatan untuk dilaksanakan di tempat kerja anda. Walau bagaimanapun, anda boleh menyuarakan pendapat atau cadangan kepada syarikat anda berkenaan kepentingan untuk nap atau tidur sebentar di pejabat bagi meningkatkan kualiti kerja selain memelihara kesejahteraan pekerja. Ada antara syarikat-syarikat yang boleh anda ambil sebagai contoh dalam cadangan anda...Boleh bukak link yang Nona kreditkan tuh okay.



Kredit : HELLO DOKTOR

Post a Comment

4 Comments

  1. Perlu kot. sebab biasanya orang tidur kat surau. bila tidur kat surau menganggu mereka yang nak solat. Better ada tempat tidur. Tapi tempat tidur ni bukan keperluan dan tak diutamakan kat Msia ni. Idea tu bagus dan mungkin perlu untuk sesetengah pekerjaan. Kena buat kajian ni..hihi

    ReplyDelete
  2. Oh very interesting blog darling
    xx

    ReplyDelete
  3. pada ammi if you sleep during lunch hour (and you can still perform your zohor prayer) shouldn't be an issue. tapi janganlah gi lunch, pastu tido... pastu drag pulak after 2pm utk solat.

    ReplyDelete
  4. pagi yg takde bilik sendiri, serasa aida perlu diwujudkan tempat berehat.
    not really tempat tidur lah.
    dpt lelap 10-20 minit before solat zuhur tu, ok la kan.
    sebab takkan nak lelapkan mata kat meja keje. open. segan plak.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .