Kuatkan semangat dalam memiliki kasih sayang
OKTOBER 2017 !!

Khamis, 27 Ogos 2015

TIPS DAN IDEA BIJAKkk BELI KERETA

Assalamualaikum ! hello !

Nona blogwalkingg kan then nampak entri ni, dapat dri kwn blogger, kak aisya  namanya ,, yg  berada di German okehhh :)

Skrg beliau sedang adakan GA taw.. terjah ler blog diaa hehe~ 

Ok, berbalik smula...., aku seronok membacanya , Memang tiptop panduan nih :-  Moh hayati bersama sebab aku memang suke entri pasal rumah n harta2 ni, since GST sedang berlangsung, hahaha~ sebab aq ade impian nk beli rumahh AND keretaaa =.=" tapi dgn gaji cmnih, hmmmmmmmmmmmm~ ok, dah.layan tips2 di bawahhhhhh , :-





IDEA 1 : Alang-alang beli kereta, beli 2biji terus

Rasional:
1. Mesti beli dengan pembiayaan, bukan tunai.
2. Satu dipakai, satu disewa.
3. Pendapatan daripada sewa kereta bayar untuk dua-dua kereta.
4. Anda tidak langsung bayar kereta anda, malahan pendapatan sewa kereta itu yang membayar komitmen bulanan anda.
5. Selain menyewakan sendiri, boleh jugak dipajak kepada peniaga kereta sewa.

Kelemahan:
1. Rekord loan anda banyak.
2. Perlukan kreativiti untuk beli aset lain dengan loan.




IDEA 2 : Beli kereta tunai

Rasional:
1. Tak perlu pening-pening berhutang. Beli aje cash.
2. Boleh buat loan untuk aset macam rumah.
3. Sebolehnya beli tunai jika kereta dibawah RM 20k.
4. Jika kereta lebih 20k, mungkin agak membazir beli liabiliti, baik dilaburkan.

Kelemahan:
1. Perlukan tunai yang banyak.
2. Kereta terpakai yang bagus sukar dicari dan ada pelbagai masalah. Jadi kena pandai cari, dan kena pandai jugak bab maintainance kereta.




IDEA 3 : Bayar ansuran kereta tidak lebih 15% daripada gaji bersih dengan pinjaman kurang 7 tahun.

Rasional:
1. Supaya tidak terover beli kereta diluar kemampuan.
2. Kekang nafsu kereta.
3. Lebih murah kereta, lebih murah maintainance.
Tinggalkan gaji untuk beli aset. Minimumkan liabiliti, lebihkan aset.

Kelemahan:
1.Tak boleh menunjuk dengan kawan-kawan. :p Kekeke.





IDEA 4 : Harga kereta tidak melebihi gaji tahunan

Rasional:
1. Cuba bayangkan harga kereta tu kita kerja setahun penat lelah baru dapat bayar semua. Berbaloikan? Beli kereta nak pergi kerja, pergi kerja nak bayar kereta?
2. Kekang nafsu bermewah kereta.
3. Kereta asalkan boleh bawak dah ok.

Kelemahan:
1. Tak boleh menunjuk dengan sedara-mara. Kekekek :D






IDEA 5 : Gunakan rules 20/5/10

Rasional:
1. 20% bayar downpayment, loan 5 tahun, bayar dengan 10% gaji.
2. Biar banyak sikit downpayment, biar rasa bayar liabiliti tu. Kurang loan dan interest yang dibayar.
3. Loan 5 tahun. Kereta ni tak sampai setahun dah boring sebenarnya. So buat apa loan sampai 9 tahun. 5 tahun da cukup. Kalau pakai 3 tahun, nak jual, InsyaAllah ada untung atau tak perlu topup kalau buat loan 5 tahun.

Kelemahan:
1. Kumpul duit downpayment tinggi.
2. Bayar ansuran mungkin tinggi sedikit.
3. Kalau gaji tahunan bulanan RM 4k, harga kereta tidak boleh lebih dari RM 30k.





IDEA 6 : Fikir biar orang lain bayar ansuran kereta anda

Rasional:

1. Buat apa susah-susah bayar, suruhlah orang lain bayar.
2. Beli rumah untuk disewakan. Lebihan cash flow, gunakan untuk bayar kereta.
3. Jadi beli rumah dahulu, baru beli kereta.
4. JIka ansuran rumah RM500 sebulan, disewakan RM800, lebihan RM300 sebulan adalah untuk bayar kereta.
5. Kena buat loan kereta dengan ansuran RM300 sebulan.
6. Terimalah apa sahaja kereta yang dapat dengan RM300 tu.
7. Kalau nak kereta up lagi, saving downpayment lebih sikit.

Kelemahan:
1. Kena cari rumah yang boleh disewa. Jadi kena usaha banyak sikit.
2. Anda jadi cool dengan segera.


Kredit: EZAZ WEALTH Link



1 ulasan:

Eintan Nurfuzie berkata...

cik en buat pinjaman tuk membeli keta