Tabahkan hati dalam memiliki kasih sayang
JUNE 2017 !!

Isnin, 29 Jun 2015

HIDUNG BERDARAH ?????!!!!!!!!!

Assalamualaikum, hellow world !

Alhamdulillah, untuk segalanya, suka atau duka :)

Dah dua hari lalu, hari ni pun, mak ngadu, bgtau, hidungg berrdarahhhhh ~
Terkejut dgr, dan risau yg amat ! Mak tnye, " aku ni ade sakit lain ke "
HMMMMM! 

Mak tak nak pegi check ~ so, mak pun tak tahu sebabnyaaaa~
maka anaknya yg tolong cri infooooo~~~


Kenapa hidung berdarah?

Terdapat faktor luaran dan dalaman hidung berdarah :-

1. Faktor luaran
Terhantuk
Perubahan suhu dan cuaca yang ketara
Kurang minum air putih
Kurang pengambilan Vitamin C / buah yang mengandungi kandungan Vitamin C
Habuk dan pencemaran
Asap rokok
Ubat-ubatan - aspirin / herba tradisional

2. Faktor dalaman
sinus / selsema / inflamasi pada hidung
Darah tinggi
Leukemia
Kanser
Kekurangan Vitamin K - penyakit genatik mudah berdarah.
Penyakit hati


Rawatan segera atau lang­kah pertama yang boleh dilakukan di rumah adalah melalui kaedah trotter. Pastikan pesakit dalam keadaan duduk dan sedikit tunduk le hadapan.
Lakukan tekanan yang berterusan ke atas hidung yang berdarah selama lima hingga 10 minit dan bernafas melalui mulut.
Letakkan ketulan ais di atas dahi untuk mengurangkan pendarahan. Ais sejuk dan berkumur boleh dilakukan. Kiub ais diletakkan ke dalam mulut sehingga cair.


TAPI KALAU ADE SAKIT LAIN BERSAMA SAMA SIMPTOM LAIN, BETTER CEK KLINIK KERAJAAN :)

1 ulasan:

yoorin melacolea berkata...

masa kecik2 dulu selalu hidung berdarah.. kat sekolah pon selalu kena..sampai kengkawan ejek korek hidung, sebab hidung berdarah..pastu bawah meja, ada gunting..ada ke kata kite korek hidung pakai gunting,..sengal betul..hehehe..kenangan di darjah 4..masih ingat lagi..