Wow ! Pengalaman Pertama Kali Menaiki KTM - [KEMPAS-KLUANG]

Januari 06, 2019

Excited Naik Keretaapi Tanah Melayu ! || Hello ! Ini kisah 2018, tetap nak kuabadikan dalam blog kesayangan hamba. Inilah pertama kali aku try naik KTM meskipun dah 25 tahun aku hidup kat bumi Johor. hehe


[27/12/18]  Kami park di Stesen Keretapi kat Kempas. Bapak aku cakap situ lagi senang parking, kalau datang awal and FREE park. Tiket pukul 9 pagi, aku singgah beli malam sebelum tu, memang ada waktu ni je paling cepat. .Ramai jugak orang yang pergi ke destinasi memasing dengan keretaapi. Ada yang pergi Pulau Pinang, anak sambung study la, gi rumah sedara la...seronok tengok semua bawak bag besor-besor, travel gitu ~

Aku yang tak pernah naik keretaapi ni memula agak blur gak la..hahaa..


Tapi jangan risau, tetap ada jugak signboard sama macam nombor tiket. Tengok tiket , nombor pintu masuk dan seat kita. R3 tu nombor pintu yang ada nombor seat kita tuh.

Apa ada dalam keretaapi ni eh??

1. Meja. Yes, meja boleh lipat. Sangat berselera ya kitaorang makan roti canai, dan nasi lemak, bawak dari rumah..Memula aku beria cakap tak nakla..entah boleh ke tak bawak...malas pun iye gak....nasib mak aku paksa bawak..hahaha.. Dalam ada aircond k... 


2. Jualan Makanan. Bila kami dah siap makan,  barulah datang si penjual, sorong troli penuh dengan air dan jajan. Oh ya, makanan berat takde tau. Memang nih saja yang ada..Kalau lapar, belilah banyak lagi..hehe~

3. Toilet. Ada toilet lelaki dan perempuan (sebelah-sebelah je) tapi takdak lock. Just kat luar boleh nampak orang dalam select sama ada kat dalam ada orang atau tak. So kena alert atau ajak orang teman kalau nak ke toilet ya. Gambar tak ambil sebab aku lupa bawak handphone gi toilet, toilet too small to me la..haha.. ngam ngam tuk membuang dan ada satu sinki.


Kerusi? Selesa, boleh adjust. Tiket akan dikutip semasa perjalanan, simpan elok-elok tiket tu..
Ada beberapa perhentian sebelum sampai Kluang, antaranya : Simpang Renggam, dan Kulai. 

Niat hati aku nak tidur, tapi tak jadik pulak. Excited walaupun tak dapat duduk tepi tingkap. Hahaa~

Berapa lama perjalanan ?
Ok, kat tiket tu ada siap-siap tulis masa sampai, ambil masa dua jam perjalanan. Pukul 09.00 pagi sampai sana 11 pagi. Syokkk, takde jammed.. NICE ! Balik pulak, 6 petang, sampai sini dalam kul 07.45 malam camtu.

So, sampai sana, kita mesti nampak Kluang Railway Coffee. Wajib ke sini menyedapkan tekak dengan coffee dan menu lain yang ada. Huhu.

Mana lagi pergi ?? Well, memang orang Kluang sendiri dah bagitau, Kluang tu tak besar mana, kitaorang just singgah ke Kluang Mall, Kluang Parade, dan Laman Kreatif Kluang only. As usual, wayang, pusat bowling, pusat karaoke semua ada dalam mall ok.

Kenderaan kat sana ?

Sampai je kat sana, memang takyah risau, ada je kereta sapu, tak payah guna apps Grab dah... RM8 orang tu bawak pergi ke Kluang Mall. Nak jalan kaki boleh je, tapi agak lama gak lah nak sampai. Cuaca pun panas lit lit, kena mintak orang lain bawak..hehee..


Belanja sikit gambar-gambar Laman Kreatif Kluang,
Untuk pengetahuan, aku dah pernah gi ngan member, TAPI time tu malam, cahaya kurang woo... kali  ni datang, cahaya cukup membantu..kekeke :-




Yay! Habis berjalan ! Ada yang berminat gak tak ??


Sini Info berkaitan KTM dari Kempas ke Kluang :-

HARGA TIKET SEORANG :

Tiket Pergi : RM 13
Tiket Balik : RM 13

TIME PERJALANAN (Dua jam untuk ke destinasi JB-KLUANG)  :

Tiket Pergi   : 09:00 AM
Tiket Balik  : 18:00 PM


Memang ada satu je masa je untuk balik, sebab tu Railway Coffee tu tutup jam 1800 pm.  Aku memang beli sesiap tiket balik masa beli tiket pergi tu. Takut habis...



Alamat KTM KEMPAS-KLUANG :-


Stesen Keretaapi Kempas Baru, Kempas Baru, 
81200 Johor Bahru, Johor.






Next, naik naik lagi Gunung Lambak!
and mandi kat tempat mandi bawah tuu...

Semoga dipermudahkan urusan, AMIN !

You Might Also Like

10 00 otak engineer COMMENT

  1. eeeee bestnya nona.. ain pun tak pernah merase lagi ni.. nak try ler nanti..hahahahah

    BalasPadam
  2. Bestkan nona, rasa dekat 10 thun gak xnaik keretapi ni..

    BalasPadam
  3. wahhhh bestnyaa. dah lama tak gi kluang naik kereta api.

    BalasPadam
  4. akak bawak anak2 naik tahun 2016 memang excited.

    BalasPadam
  5. Sesekali naik KTM best jugak kan.

    * Perhentian Kereta api Renggam bukan Simpang Renggam.

    BalasPadam
  6. Dah lama lak naik KtM ni.dah lebih 20 tahun..teringin sangat tapi bila fikir dah sampai destinasi nk cari kereya sewa bagai..terus lenyap hasrat tu

    BalasPadam
  7. Nak pergilah..
    Nak seru anak katak i hahahahaha...

    BalasPadam
  8. bestnyaaa..nak pergi jugakkkkk

    BalasPadam
  9. wah.. pengalaman menarik.. Sha tak pernah naik tren untuk perjalanan jauh..

    BalasPadam

Berilah komen, walau hanya satu perkataan :)
Saya hargainya, jangan risau ya,
Kata2 semangat pun bolehh, saya sukakannya~
LIFE WITH LOVE memang macam ni, ohooho