Maintain in Giving Love is One of Hardworking
NOVEMBER 2018 !!

Jumaat, 19 Oktober 2018

Makan Nasi Lemak Purple di Season Cafe !!

Season Cafe Menghidangkan Pelbagai Kek dan Menu || Hi ! Selepas settle tengok haiwan di Zoo Johor hari tu, perut jadik lapar ! Apa lagi, jom kita ke City Square Mall.. Sekejap je, dalam 10-15 minit sampai City Square kalau lalu lintas lancar..

Cari-cari dan kami pilih untuk makan di Season Cafe ! First time jugak ni makan kat situ ~

So inilah menu kami orang Melayu !! Asian Delights Menu !


Budak berdua tu makan Nasi dengan Ayam Masak Merah
= RM15.90

Aku rasa sikit, ayam masak merah tu lembut betul, macam digrill...sedap.lembut sangat~
Sambal memang terbaikkk ! Nyumm2~

SUGGESTED !


And me, makan Nasi Lemak 
= RM17.90

Tarikan terbaru kat situ! Honestly, Boleh tahan  !!!! Warna purple, tapi rasa macam biasa...sambal tu yang penting~ Sambal tu tak berapa pedas laa..tapi aku suka, sebab bila digaul bersama tu memang rasa nak makan bertambahhh ! Ayam tu, ayam goreng.. aku prefer ayam macam dorang punya, lagi lembut.....

Lepas makan, nak dessert, so cubalah dessert ni~

 

Amek yang black bart tu, sedapppp.....i like ! All yang sweet, sedap to me..ahhaha..Menaikkan mood setelah seharian berjalan dalam Zoo..

Overall, kenyang dan puas hati. Memang suka, dan rasa nak datang lagi...aku tak puas hati, ayam tuh lembut sangat...ayam masak merah dorang punya....... 

So, sesiapa nak try, bolehlah singgah jugak ke Season Cafe. Memang banyak cawangan tau :-

Layari website :-


Lihat cawangan lain :



Nona pergi salah satu cawangan di City Square, Johor :-

Lot J2-37, Level 2, Jalan Wong Ah Fook, 
80000 Johor Bahru, Johor

Hubungi : +607-221 1182





5 ulasan:

Sis Lin berkata...

Lama tak makan Seasons, nanti nak juga laaa..
Yang purple tu macam menarik...

Shahida Dzulkafli berkata...

Uish.. Purple..
Dessert tu nampak menarik..

PeRdU cINta berkata...

Daya tarikan tu nasi lemak warna purple..

AinulMalik berkata...

Menarik! Tempat saya, nasi purple tu dari daun lemuni! Sedap sangat makan dengan sambal tumis ikan bilis :)

Sunah Sakura berkata...

uiiii pestime ni tengok yang pepel pepel...