Bertanggungjawab ke atas orang yang kamu sayang
JULY 2018 !!

Selasa, 17 Julai 2018

Wow ! Grab Potongan Harga Sehingga 90% Di Ekspo Elektronik Shopee Julai Ini !



KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2018 - Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan bakal melancarkan Kempen Ekspo Elektronik Shopee - Jaminan Harga Terendah (LPG), satu siri promosi hangat dari 23 hingga 26 Julai 2018. Lebih daripada 20 jenama elektronik turut serta termasuklah Armaggeddon, Alcatroz, honor, Mono Digital, Philips, Russell Taylors, Tefal, Vivo, Xiaomi dan banyak lagi. Terdapat lebih daripada 1,000 produk termasuklah telefon pintar, gajet, kelengkapan rumah, komputer dan aksesori yang boleh dibeli dengan potongan harga sehingga 90%..



“Shopee telah bertumbuh pesat sepanjang tahun 2018 dan kami telah menjalinkan usahasama dengan pelbagai jenama terkemuka untuk mengembangkan lagi kategori produk berkaitan elektronik seperti Mobil & Gajet, Komputer & Komputer Riba dan Kelengkapan Rumah untuk menawarkan produk berkualiti kepada lebih 10 juta pengguna. Contohnya, jualan murah eksklusif honor 9 Lite yang berjaya menjual 1,000 unit dalam tempoh lima minit, membuktikan kecenderungan rakyat Malaysia yang memilih produk elektronik bertaraf premium. Dengan Ekspo Elektronik ini, Shopee mengambil selangkah lagi untuk menjadi pusat sehenti platform membelibelah dalam talian yang memenuhi keperluan dan kehendak rakyat Malaysia,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 


Pada 23 Julai, Shopee menawarkan Jualan Kilat Shocking Sale sepanjang tempoh 24-jam yang membariskan potongan harga ke atas pelbagai produk elektronik berjenama. Pada hari ini, pengguna boleh merebut jualan murah produk elektronik untuk keperluan profesional dan peribadi. Mereka boleh mendapatkan aksesori komputer seperti papan kekunci dan tetikus wayarles daripada jenama Logitech. Sementara itu, penggemar music boleh mendapatkan alat bantuan audio (headphones) daripada jenama Marshall dengan harga istimewa. Pelbagai lagi produk berkualiti dijual pada harga menarik termasuk cakera keras storan (external drive) daripada jenama Seagate dan rangkaian jam pintar untuk mereka yang aktif.



Selain daripada jualan kilat Shocking Sale, pengguna boleh mendapatkan ratusan produk di LPG Tech Zone sepanjang 4 hari Ekspo Elektronik ini berlangsung. Setiap hari, Shopee akan menampilkan dua jenama elektronik terkemuka dengan barisan produk pada harga menarik. Dalam masa yang sama, pengguna boleh membeli-belah dari rangkaian jualan murah mengikut tema kempen bagi memenuhi keperluan elektronik mereka. Di “LPG Tech Zone”, lebih 500 produk termasuk telefon pintar bertaraf premium, kamera dan komputer riba daripada Xiaomi, Huawei, honor, ASUS dan pelbagai lagi jenama besar turut menyertai kempen jaminan harga terendah. 

Pengguna yang mencari kelengkapan rumah yang moden boleh meninjau kempen jualan murah “Everything for Your Home” sepanjang ekspo ini untuk menikmati promosi hebat ke atas produk daripada jenama Philips, Senheng, Tefal, Midea dan banyak lagi. Untuk penjimatan berganda, tebus baucar bernilai sehingga RM100,000 sepanjang kempen untuk pembelian mereka. 



Akhir sekali, bagi memberi ganjaran kepada peminat Facebook kami, Shopee akan melancarkan pertandingan “Tag a Bro, Win Like a Pro” dari 23 hingga 26 Julai. Peminat media sosial hanya perlu mencari satu produk elektronik dengan label LPG di Shopee, ambil gambar produk tersebut dalam troli membeli-belah, kemudian tag seorang kawan lelaki dan tinggalkan komen mengapa mereka ingin memenangi produk tersebut. Pemenang bertuah akan menerima produk elektronik kegemaran mereka bernilai hingga RM1,000 setiap satu untuk dikongsi bersama rakan baik mereka. 

Untuk maklumat lanjut, layari https://shopee.com.my/m/electronics-expo bermula 16 Julai 2018. 
Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA di App Store atau Google Play



Ahad, 15 Julai 2018

Kenduri Kahwin Anak Mama JDT Blogger Di Malam Hari

Ke kenduri Kahwin Yang Meriah  || Hi ! SYukur masihhh bernyawa ~ Jumaat , 13/07/18 lepas, aku and geng JDT Blogger together ke rumah salah sorang JDT Blogger. Mama Maszul ~ Raya habis, kita sambung g uma kahwin orang plakk..heheee ~ Siapa yang kawen tuuu? Haaa..anak perempuannyaaa~

Aku suka gi rumah kawen, tengok bertambah keturunan umat nabi Muhammad, semoga dapat melahirkan generasi yang lebih cemerlang..........untuk agama, dan negara jua ~ Semoga perkahwinan dibina terus berjaya dann bahagia ya ~

So, Nona nak abadikan gambar kenangan here, buat tatapan hari tua :)


Tahniah Mama Maszul ! Emak pengantinn (She is wearing black tudung, sebelah I tuhh )

Bestnya, ada menantu, kumpul cucu lagii, hihi ~


 
Thanks awek ! Teman I malam malam gi kenduri , sanggupp..walau esoknya kerjaaa....
Pssttt, she is single beb ! HAHA~


Single Nona Yang Telah Kekenyangan 

Selain daripada tengok pengantin, aku suka tengok photobooth dalam majlis, dan lagi penting, harap harap bertemu jodoh jugakkkk.hahahahha~

Sekian saja cerita hari tu....nantikan entri review pulakk tauu ~







 Notahati : Tangan masih kebas kebas, harap harap lepas urut japgi nih, ok sikit lah ~


Selasa, 10 Julai 2018

Sambutan Raya-Raya JDT Blogger !!

Meriah Potluck Raya ~ ||  Hai ! Syukur masih bernyawa..

Woww.... Berjaya jugak akhirnya jayakan program potluck ni, hehe~ Last year kat Tasik Pasir Gudang, but this year.... buat kat rumah cantik da bomb one of JDT Blogger ! Sis Lin ramah tamah orangnya !



Jumaat lepas, seperti dirancang, tuan rumah masak dan tetamu datang bawak makanan lain untuk dimakan beramai-ramaii ~ Konsep potluck kennn.... Tapii, aku datang bawak perut jer ! Sebab datang lambat der ! Last week, kena cover budak cuti...kira ada open house lain, yang nih je la aku sempat datang, muahhaahha~

Tuan Rumah..nihla sis Lin...  cantik kan...peramah benorrrr okayyyyhhhhhhh~

Jommm layan picture...................



FOOD REVIEW kerr??

Senarai menu :-
  • Lontong bersama ungkep ayam dan sambal goreng.
  • Nona Manis
  • Rendang Daging
  • Keropok
  • Roti Jala
  • Serawa Durian
  • Sandwich
  • Brownies
  • Biji-biji coklat
  • Air Kotak plus cendol
  • Tembikai

Time aku datang, dorang dah busy membungkus, kekekee~ Yela, kul 10 baru nak nampak muka...
Tapi aku tetap menjamah apa yang ada sampai kenyang perut, suka hati.....hahaha..

Ini antara blogger yang terlibat beraya raya :)







 

 
Kak Mia, Kak Eda and Ain zfa


Siapa lagi ada...?
Haa.....ini dia :-


Overall, nice to meet all of youuuuu !! Terima Kasihhh banyakkkkkkkkkkkkkk sebab mengenyangkan perut ramai...hehehe..sedap belakaaa..siap aku tapau nasi impit and ayam ungkep..nona manis jugak..lalalala~

Gigih tau derang..tak macam I... apa pun xdak bawak...inshaALLAH, next time...ada ~




Ahad, 8 Julai 2018

Hijabista Mood - Tudung Mardiah Pilihanku

Tudung Mardiah Menyerikan Wajah ||  Hi, Dah nak habis Syawal.. Baru sempat nak share pasal tudung rayaku... Tahun ni tudung raya pertama Nona ada lain sikit..sebab selalu kan shawl RM10 or tudung bawal semata kan..hehe~ Terkejut hari tu bila member cakap, tudung raya kena lebih rm10 arr sesekalii... ahhahha~ then aku terjumpa yang niii~ Terasa fesyen ala-ala hijabista pulak ! HAHA.

HIJABISTA BLOGGER (kekekekee)

Tudung Mardiah keluaran @alwadelhijab diperbuat daripada kain heavy chiffon . Banyak warna yang dikeluarkan...cantik-cantik der... Uniknya sebab, talinya yang berada di luar dapat diadjust tudung jadi labuh atau normal size. Itu aku suka, kejap ikat belah kanan, kejap ikat belah kiri.... tengok sisi mana yang kita rasa kita cantik..kahh3~ 

*Berbelit?? Tak pon..adjust je dua tali di tepi tu..dah terbentukk..*


Oh yaaa ! Cuaca yang terik, sampai berpeluh-peluh, sebab  tudung ni plain, confirm nampak basah kalau terkena air sikit or peluh. Dan aku pulak tak suka pakai scarf penuhh, mesti half je... so peluh sikit, memang nampakk ketara lerr ~ This year ada berani try kaler cerah sikit....nak tak nak, aku hadaplah peluh yang terlihat di tudung tuhh.. KEKAL CONFIDENT gitu.

*JANGAN MUNTAH TENGOK GAMBAR DI BAWAH *


~ FAMILY ~



Oiii, tembamm  plak nampak kannnn ~


Ok lah, aku suggest untuk bawak gi kerja , annual dinner maybe, atau apa apa event lah kan....
sesuai sangat oooooooo ~ Terjah alwadelhijab, ada produk lainnn jugakk.... founder nya retis tau..sebab aku tengok retis ni kat TV, adudu.. comel sungguh jer !


 

Overall, puas hati dengan servis yang diberikan dan suka dengan tudung Mardiah, walaupun pada awalnya agak susah nak biasakan diri.. but finally, rasa diri hijabista muslimahh weh. 


==============================
(Awak..ni tudung beli..jgn anggap ini dapat FREE ya...)

Sekian saja, thanks !