Cinta datang dan pergi, semoga terus bahagia dengan cinta yang datang
MAY 2018 !!

Sabtu, 24 Mac 2018

Sedapnya Jamu Selera Di The Sampir, Kluang


THE SAMPIR

REVIEW KEDAI MAKAN THE SAMPIR, KLUANG || Hi ! Tahu tak tempat makan sedap di Kluang, Johor? Siapa orang Kluang?  Siapa pernah ke sana?? Haaaaaaaaaaa...sini nak perkenalkan, antara kedai makan yang popular, sedap dan berbaboi labur duit tau.. bila rasa sekali, pasti nak lagii ~





Menu semua sedap-sedap buat orang terliur je...geram ok ! Lebih-lebih lagi menu popular dorang. Sedap ever ! Sambal terasa pedass sampai ke otakkkkk ! Nak tahu apa dia, scroll gambar di bawah.

Sebelum tuh, cuba tengok menu pisang keju tuh, banyak jenis~ Pisang keju chocolate, pelangi, oreo dan milo ! Perghh, kenangan terindah buat perut beb!

Mari scroll, nak kasik terliur sama.. hehe~

1. Nasi Ayam Penyet Sambal Ulek


Inilah menu hot kebabom dorang. Sambal tuh pedas sangat, sampai ke otak rasa panas tau!
Tapi sedap! Kami siap bertambah makan sambal , rasa tak cukup....masa type ni pon dah rindu semula aihh ~

Zoom ayam penyet ! Kenyang betul, saiznya memang memuaskan perutku, kenyang walaupun belum minum air masa tu.

 


2. Pisang Goreng Cheese Oreo dan Chocolate Cheese 


 

Member laki cakap, yang ada oreo tuh sedap lagi, tapi yang ladies cakap, just chocolate cheese only is better than ada oreo punya. To me? Kedua-duanya sangat enak ! Berlemak dan terbaik ! Tak leh nak tapau sebab dah licin sebelum gerak balik... 

Rasa macam nak repeat lagi lah ~ nyummm3~

Ok, so kepada sesiapa yang singgah ke Kluang, anda digalakkan untuk cari makan di sini... Memuaskan hati, makan sampai licin, terasa nak mencekik kembali..hihi ~

Ha, masa beroperasi boleh refer di Facebook mereka, sebab kadang-kadang ada jugak set breakfast untuk pelanggan maka kedai dibuka awal :)

Info lanjut :

Alamat : 1, Gerai MPK, Embong, Jalan Wan Embon, 
Kampung Melayu, 86000 Kluang, Johor

FACEBOOK : THE SAMPIR 

Call/Whatsapp : 019-336 3763


================================================

Thanks The Sampir !

Total Damage seperti di bawahhhh

 

PASTI TAK RUGI ! I GUARANTEE !









6 ulasan:

PeRdU cINta berkata...

Aduhai....sedap semuanya tu....

Asyiqin berkata...

Dah lama tak makan pisang goreng cheese tu. memang menyelerakan

ejulz berkata...

waaaaaa.. sedap.. kalau kat sana ada sampir, kat sarawak ni ada kpg sambir.. hehehe

Nina Mads berkata...

sedap nasi ayam penyet last mkn kt medan... terliur

Maria Firdz berkata...

wah.. best ni.. boleh cuba bila jenjalan ke kluang nanti...

farhanna jafri berkata...

masak dah lah sedap, tulisan cantik kemas pulak tu