Lepaskan Cinta Jika Jodoh Tiada
DISEMBER 2018 !!

Ahad, 9 Disember 2018

Enaknya Kambing Golek Johor !

Kambing Golek Johor Memang Sedap||  Berita baik! Special for Kambing lover. And terutama yang tinggal di Johor. Ok, family aku kalau gi rumah pengantin atau memana, menu berkaitan kambing tu memang pilihan .. Sebab jarang dapat makan kan..hehe..

Tapi kali ni, aku nak mengimbau balik saat-saat sedap makan kambing perap yang dihasilkan dari team Kambing Golek Johor dan dimasak oleh aku sendiri... Siap diperap, tinggal masuk kuali atau air fryer .. Senang ! Kalau sedara nak datang ke apa, cepat je siapp tau ! Tak perlu  beli daging kambing, nak memerap seharian lagi..huhu...ni leh simpan dalam freeze je...

 
Nyumm3!! Ada sosej dan bungaa ! Hehee, deko-deko by my sister !

Lepas siap, kita ngap bersama adik dan emak.. dorang semua cakap sedap, cukup rasa rempahnya dan menyelerakan lah..... Bau hamis pun takde! Lembut of course lahh! Ni aku baru masak sikit, tak habis lagi sepaket ! Oh ya ! Sos lada hitam pun disediakan bersama-sama dalam sepaket Kambing Perap, makan bersama daging kambing perap tersebut dengan enaknya



Bukan kambing perap je, ayam perap pon ada ! Macam-macam ada tau. Untuk apa jua majlis, mereka boleh bantu sediakan khas untuk tetamu undangan. Contact je dorang...confirm memuaskan hati !

 
Yes, nampak sangat menyelerakan........Tak sabar nak masak time dapat camni, hahaha

Siapakah Kambing Golek Johor?

Kambing Golek Johor ( No Perniagaan : JM0799704-H ) mula beroperasi awal tahun 2015 di johor bahru. Kami menyediakan perkhidmatan katering kambing golek, kambing panggang dan kambing perap untuk majlis perkahwinan, pertunangan, aqiqah, hari jadi, majlis keramaian dan sebagainya.
Hidangan istimewa yang amat menyelerakan ini dipanggang 100% menggunakan arang kayu berkualiti dan akan di masak di tempat majlis anda berlangsung. Kemudian, ianya akan dipotong secara professional di dihidangkan berbuffet kepada para tetamu.
Perapan kambing sehari sebelum majlis kami buat dengan resipi istimewa ini akan menghilangkan bau hamis kambing dan ianya amat sedap dan menyelerakan dihidangkan kepada para tetamu untuk apa jua majlis.
Kambing yang kami gunakan juga adalah dari kambing yang berkualiti diimport dari New Zealand, Australia dan juga di ladang ternakan tempatan. Kami menjaga kualiti hasil masakan tersebut agar ianya dapat memberikan kepuasan kepada para pelanggan.
Kawasan yang kami akan hidangkan adalah di sekitar Johor Bahru, Skudai, Kempas, Tampoi, Kulaijaya, Larkin, Pasir Gudang, Permas, Tiram dan Kota Tinggi. Namun kami juga boleh ke mana-mana lokasi. Ianya tertakluk kepada jarak dari pusat kami di johor bahru. Sekiranya terlalu jauh, caj tambahan akan dikenakan.
Jommmm terjahhhhhh!









Isnin, 26 November 2018

AREA JOHOR : Brownies Menyelerakan keluaran Selera Sakura Buat Semua Terliur !

Brownies Dari Selera Sakura Yang Menggiurkan || Hati yang berduka pun terubat dengan brownies dari Selera Sakura. Yes, aku order hari tu sempena member department aku nak berhenti kerja. Entri pasal member aku SINI.

 
Siap dengan thumbs up kauu ! hehe

Brownies ni aku tempah special dari Selera Sakura. Aku memang dah lama target nak try merasa kesedapan brownies hand made by the owner..

Yes, rasanya sangat ngam ! Cukupp lembut dan sangat manisss, fuhh, tak muak ! Macam tak cukup pun ada...haha...

Tengok niii, woww, mana lah aku boleh tahan tengok brownies design ada banyak coklat camni...3D betul oi. 

Pelbagai pilihan brownies dan bars bersaiz 8'' dan 10'' .
Antaranya :-

1. Fudgy Brownies 
2. Congo Bars
3. Walnut Brownies
4. Almond Brownies
5. Nutty Brownies
6. Green Tea Brownies
7. Nutella Oatmeal Bars

Many more ! Kena check IG tuu..

Oh ya, design dan bahan-bahannya lengkap.... Cantik dan sedap! Menggiurkan betul lahhh !!


Lagi best, kalau muncul HAPPY BOX  ! kekeke~




Bagi yang nak try , boleh ke Instagram SELERA SAKURA


Ahad, 18 November 2018

Keropok Lekor Rebus Tak Mengecewakan Tekak !

KEROPOK LEKOR REBUS || Hi ! Timbul-timbul je entri pasal makan! Hehee~

Image may contain: one or more people, table and indoor

Ok, hari tu  time cuti, me and family singgah  cari makan petang....  Dah banyak kali lalu, tapi tak pernah masuk kedai ni.....

So try tengok apa menarik...then, inilah pilihan kami.........makanan special orang Ganu dehh ~

Keropok Lekor Rebus ni sedap, sebab lembut...kalau direbus, mestilah lembut..hoho...Boleh try di rumah nanti..

Kena makan dengan sambal belacan yang disediakan, tapi kami prefer makan dengan sos kopok lagi satu tu......Rasa? Of course rasa ikannnn ! Nampak warna gitu, macam takde isi ikan,tapi hakikatnya ada, dan sedap! Kami satu family suka dengan keropok lekor ni bohh !



 
RM5 for 7 pcs ! 
Buat makan petang, bersama order air panas, ngam je ! ehheehee~

Menu yang direbus sememangnya bagus, dan elok untuk kesihatan diri. . Tak disangkal lagi... selamat untuk dimakan dengan penuh berselera !

=======================================
Balik tuuuuu,  bungkus nasi dagang lak..

=================================

Jangan pelik, yang amek order memang bukan Melayu... tapi ianya Halal ok. 

-HALAL-

No automatic alt text available.

Lokasi :-

Kampung Terengganu,
Giant Plentong, 
Masai, Johor









Khamis, 8 November 2018

Shopping Festival 11/11 : THE BIGGEST ONE DAY SALE AT LAZADA ! GRAB 90% DISCOUNT !!

11.11 Festival Membeli Belah - JUALAN SEHARI TERBESAR kini bermula!
Harga serendah RM1, diskaun hingga 90%. Baucar tunai berjumlah RM11,000,000 dan SLASH IT and SHAKE IT...

=====================================
LAZADA BUAT SALE LAGI !!  || Wow, wow ! Cantik date 11/11 kann ! YESS !  Aku pun tak sabar menunggu hari tersebut tiba ! Fuhyooo... nampak SALE berganda-ganda tuuu ! Banyak brand popular dan awesome yang terlibat dalam memberi discount pada hari tersebut !  Dari barang keperluan, sampai barang kemahuan, barang yang best-best, harga mampu milik sebab ada diskaun banyakkk woiiii !


REMINDER : START ON 11/11/2018 okayyy !

Hehee, aku dah ushar beberapa barang yang aku rasa aku nak guna buat masa ni....Kira nak sangat mengikut turutan nombor di bawah ya.....



Yess, oven kat rumah aku ni dah lama gila rosak.. So aku tersuka tanpa sengaja bila tengok oven ni berserta harganya yang amat berpatutan ! Diskaun kaw-kaw gituu ! Rugi tak grab time offer !

So senang kerja kalau dapat oven nii.huhu.. nak pansaskan lauk/atau kuah nanti senang je... suka lahhh, kasik masuk dalam cart dulu...hehe



#pantasbuatkerjarumah
#easy




Jenama Philips koo~ Popular tau! Diskaun tak menahan .......Rambang mata, blink blinkkk~
Nak satuuuuuu...., niat di hati nak bagi buat hadiahhh kawen.........tapi macam sayang eh nak bagi orang..hahahaha~Kalau ada iron ni, lagi cepat iron tudung, lagi banyak aku iron benda kang.. Nice ~

Mak suruh iron nak gi kenduri, berdesup siap cepat ! Tak payah tunggu lama, jam tu jugak settle !


#ironpakaian
#rajin


3. KERUSI MALAS UNTUK BEREHAT


 

Selalu jumpa kerusi ni kat kampung nenek aku je. Teringin nak ada satu kat rumah... boleh duduk malas-malas sambil tengok drama Astro dan TV 3.. huhu.. Lagi lagi kalau time cuti...pergh... syok badan aku melepakkan diri..hehe.....Sambil berborak ngan family..kalau ada bebudak nih, confim berebut, huhu...nasib belom ada... 

#rilex
#happy

---------------------------------

SAVE THE DATE !
THE BIGGEST ONE DAY SALE IS COMING TO YOU !

LINK HERE !

11.11 Shopping Festival - THE BIGGEST ONE DAY SALE is here! 
Prices as low as RM1, Discounts up to 90% Off, Collectible Vouchers worth RM11,000,000, SLASH IT and SHAKE IT... 

==========================================

Shopping is one of theraphy, SALE?? More, more best thing ever ! 

Rabu, 7 November 2018

REVIEW FILEM : Operasi X Movie Memang Filem Terbaru 2018 Yang Santai


Santai Dengan Operasi X Movie ||  Yeehaaaa, done ! Masa tengok trailer hari tu  (ENTRI DI SINI) , aku dapat agak movie arahan Sandosh Kesavan mesti genre aksi dan bersahaja sebab kehadiran Awie dalam movie nih.. Sekali memang ngam si Belut ni tetap poyo dalam watak jahatnya weh ! Hahaha~ Awie dalam ni sebagai Mr Belut, membawa watak antagonis. Opss, teruss ke watak Awie pulak... hehe~

Al-kisahnya, Dato Aaron Aziz sebagai ASP Redzuan ni kehilangan member baik dia, so dia cuba menjauhkan diri kat tempat lain, tempat tu cantik! I suka ! Then Dato Yusuf Haslam datang cari dia untuk teruskan misi menumpaskan geng si Belut nih.... Nampak tak, pihak polis berdedikasi dan always berusaha untuk menghapuskan penjenanayah di muka bumi ini. 

Bermulalah saat dorang susun strategi untuk menumpaskan sesama dorang, antara polis dengan geng Belut. Scene tembak menembak, kejar mengejar, letopkan bom., tipu menipu, Apa aku boleh cakap, memang kelakor and santai ! Dalam ni ada watak polis nama Pablo, Janggut, Ali Mat dan Nash. Setiap kali berbual, ada je lawak dorang buat.. Kerja tetap kerja...cekap pun cekap... 



Lagi part aku suka is watak Mr Belut, yang dilakonkan Dato Awie, memang tak kering gusi lah  bila dia bukak mulut... Haihh, MEMANG MARAH NAK BALAS DENDAM, tapi marah yang masih sempat berlawak weh... Macam tak takut tengok dia marah... 

Bayangkan, sikap poyo yang memang sebati dengan dirinya, selfie antara AWIE DENGAN AWIE. Haha ! Dalam gangster dia tu, ada hati nak belajar tarian salsa woi! Tergelak akuu..Dalam wayang pun orang duk gelak..hahaha~ Cikgu Salsa rupanya adalah……………….? Hehe~ Terjah sana.

Dang geng Belut dalam nih, bila dah tersalah maki orang tak bersalah, dorang mintak maap banyak kalii ! Bagussss~ hehe... (Part marah tauke kedai cincin tuu )

Ok, selain dari tu, watak yang aku tunggu tunggu ialah watak yang popular dengan gelaran Tok Adi aka Nasir Bilal Khan, ok, dia bukan bapak kepada memana watak ataupun bos....hehe..nak tahu sapa, kena terjah Operasi X Movie nih sendiri tau.

MUSIK DAN JALAN CERITA

Yes, aku suka dengan sound yang digunakan.. Ngam, cantikk~ Part sedih, part cemas dan part semangat nak berlawan. Jalan ceritanya ringkas, padat dan santai, bagus lah ada tunjuk system hacker dalam movie nih, macam cite orang putih aku nengok bila ada watak hackers nih..

Emm.. Cuma time Aaron Aziz kena tembak kat bahu and kaki tu, aku tengok macam tak sakit sangat je.. Memang camtu ke keadaan kalau kena tembak bahagian situ? Aku rasa should be tak boleh berdiri or jalan terencot langsung..

 
Awie kena tembak pun aku sedih gak...dia tersalah faham, 
dan dia sangat sayang adik dia..hohoo ~

AGAK-AGAK AWIE MATI KER HIDUP LAGI? 

Next, part last movie nih, tak real api tuu…I don’t know why I kurang minat la part tu..ahahah~ Aku kalau boleh mengharapkan scene Aaron Aziz dengan orang tersayang dia…. Beramai-ramai or dengan Cikgu Ayu tu pun ok je.. EHH, NI FILEM AKU KER APA? hahaha!

PENGAJARAN

1. Menyimpan dendam dan menguruskannya dengan cara yang salah kelak membawa padah kepada diri sendiri. Jangan berdendam uolz. 

2. Perasaan dan sikap tamak yang terlalu besar akan memudaratkan diri dan orang sekeliling.

3. Jangan berputus asa terlalu lama. Sebagai hambaNYA, banyak tanggungjawab kita di dunia yang perlu diselesaikan. Jangan lari dari masalah, hadapi ia.

4. Hargai insan tersayang selagi mereka ada di sisi.

5. Percaya dengan takdirnya. Iman goyah penyebab kita putus asa dengan takdirNya, Jangan biarkan kepercayaan tu berkurang. Ingatlah, hidup dan mati kita, DIA Penentu segalanya.




Keseluruhan , Operasi X Movie ni memang antara Filem Terbaru 2018 yang santai dan sesuai diisi seluruh ahli keluarga.. Tak heavy sangat.. Keep support !



~Layari Web :-

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/operasixthemovie/

Selasa, 6 November 2018

Trailer Operasi X Movie Terbaru 2018 Yang Gempak ! Buat Aku Tertanya-Tanya Kesudahannya !


Operasi X Movie || Inilah Filem Terbaru 2018, baru je dilancarkan pada 1 November ni , buah tangan dari Dream Pictures Production . Aku terus tengok trailer, semangat betul  dengar music nya yang rancak tuu !

Image result for operasi movie x

Barisan pelakon ? Awie, Aaron Aziz, Hairul Azreen pun ada lahh ! Bukan main-main nama retis yang terlibat.. Mesti  cerita ni banyak scene gelak-gelak dan aksi wooo sebab aku dapat tengok ada aksi Awie dalam trailer ni macam kelakar , marah pun ada…

Ada yang belum tengok lagi ke trailer nya ?
Nah, aku share...... Bergaya ahhhh abam Aaronn~ Awie pun dah berwarna rambut tuuu..hehe


Ehhhh, Tok Adi pon adaaa?? Haaaa, watak apa la tu, duk tengok-tengok je…. Hehee, Tak sabar nak tahu watak Nasir Bilal Khan dalam movie ni…huhu....Seorang bapak ke? Atau bos jugak?

Aksi tembak menembak, ada bom, memang bagi effect pada aku untuk tahu penyebab dan kesudahan semua perkara tu berlaku……. Elemen cemas, dan aksi tu yang bertambah buat aku rasa nak terjah pawagam. 

Trailer dah nampak terbaikkk, camana movienya pulak eh ? Bolehkah menempatkan kedudukan dalam Filem Terbaik 2018 ? Tengok komen kat Youtube, banyak yang spoilkan mood aku, geram je..hahaa…Tapi aku tetap nak tengok jugak, sebab taste orang berbeza…………..Yang pasti, terselit pengajaran dalam setiap kisah.

~Go, Nona, Awie tengah tungguu tuuu! Hahaha~


Jom tengok abungan bersama pelakon hebat seperti Aaron Aziz dan Awie, menjadik ke tidak ?

Antara Pelakon di dalam Operasi X Movie :-


Dato Aaron Aziz,
Dato Awie,
Datuk Yusof Haslam,
Nasir Bilal Khan,
Gbob,
Hairul Azreen, Hefny Sahad,
Nashra Shah,
Rahhim Omar, Hanna Aqeela, Rafizah Shima,
Zaidi Omar



Sedikit sinopsis Operasi X Movie :-

ASP Redzuan sudah tidak percaya lagi dengan pegawai polis lain apabila dia menyaksikan kematian rakan baiknya, Inspektor Aman, yang dipercayai dibunuh oleh pihak polis. Dia kemudian memutuskan komunikasi dengan semua orang dan mula tinggal di sebuah pulau terpencil, menyembunyikan identitinya daripada penduduk di situ. Tetapi Dato` Mokhtar dan Tuan Anwar dari Bukit Aman dapat menjejakinya. Dia kemudian ditugaskan untuk mengetuai operasi yang dinamakan Operasi X untuk menumpaskan Geng Belut.

Info sinopsis :- OPERASI X MOVIE








Jumaat, 2 November 2018

Hello NOVEMBER 2018 !

Hi ! It is new month ! 

Hope for the best ! Better than yesterday and last month !

Image result for november

Pray and always pray ! Be strong, heart ! You are amazing ini yourself, be YOU ok ~

Jumaat, 26 Oktober 2018

Wow ! Aplikasi Cannis Bakal Melebarkan Sayap Di Nasdaq !

(Ahad, 21 Oktober 2018) Aplikasi mudah alih Cannis telah membentuk trend aplikasi baru yang berjaya mengumpul 100 ribu pengguna dalam masa kurang dari dua bulan. Cannis bakal menjadi bintang terhebat di Nasdaq, Amerika Syarikat.


Sejak awal tahun 2018, Cannis terus melabur dalam industri yang disukai ramai iaitu teknologi, filem, kecantikan, ubat-ubatan preventif, teknologi terkini dalam pertanian dan sebagainya. Dengan kerjasama dengan rakan strategik mereka, Cannis telah memperluaskan pasaran mereka dengan pesatnya di banyak negara Asia Tenggara dan dijangka akan tersenarai di Nasdaq tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Dato 'Ching Eu Boon juga menyatakan semasa persidangan "The Upcoming Greatest Star in Nasdaq" bersama 3000 peserta Cannis bahawa perkongsian Cannis tidak terhad kepada teknologi terkini, seperti teknologi digital, pangkalan data yang besar, kecerdasan buatan, tetapi juga dengan penggambaran, ubat-ubatan  preventif dan industri kecantikan.

"Kami sangat berharap perkongsian strategik dengan industri-industri tersebut dalam memenangi kepercayaan pengguna dan meningkatkan pengalaman pengguna akhir lancar O2O."

Muat turun Aplikasi dan Perbelanjaan Pengguna telah mencipta rekod baru dalam sejarah, Cannis dilahirkan pada era yang tepat dan terbaik.



Suku ketiga tahun 2018 telah menjadi musim yang paling menguntungkan untuk 'App Store' dimana jumlah muat turun aplikasi yang komprehensif pada musim tersebut di App Store dan Google Play telah melebihi 29 bilion, kenaikan 10% berbanding terdahulu. Walaupun perbelanjaan pengguna global telah mencapai hampir 20 bilion dolar AS, kenaikan 20% berbanding dengan musim yang sama pada masa lalu, kedua-duanya mencipta rekod sejarah baru.

Melalui analisis didapati peningkatan dalam kategori aplikasi dibawah muat turun, permainan, hiburan dan aplikasi penyiaran video telah menjadi antara jenis aplikasi  yang paling banyak dimuat turun. 

Prestasi yang mengalakkan dari dua jenis Aplikasi yang sama memerlukan kandungan kreatif  bagi memenuhi permintaan pasaran.



Pada keseluruhannya, suku ketiga tahun 2018, App Store dan Google Play kedua-duanya mempunyai sejarah muat turun yang lebih tinggi dalam perbelanjaan pengguna. Ini menunjukkan trend pasaran App, yang terus meningkat bergantung kepada populariti penggunaan telefon pintar, menyediakan pembelanjaan tanpa henti dan potensi pembangunan yang besar.

Cannis memberi tumpuan kepada industri yang paling cepat berkembang, menyediakan platform integrasi, mewujudkan fungsi 7-dalam-1 yang kuat.

Mod Maya-Realiti yang digabungkan dengan Mod O2O

App Cannis bukan sahaja menggabungkan fungsi inovatif setiap bulan tetapi juga melabur dana besar secara selektif di industri tren luar talian, dengan  jangkaan menyambung aliran perbelanjaan keseluruhan pengguna luar talian dengan pangkalan data dalam talian, untuk memulakan membina model O2O, mengadakan promosi pemasaran terdahulu, pembekal ahli dalam talian dan luar talian dengan cekap, dan perkhidmatan penghantaran barangan 'back-end' menjadi lebih lancar.

Dari segi lencongan ahli, ahli-ahli Cannis boleh menggunakan diskaun dalam talian, termasuk pembelian di kedai runcit dan rakan kongsi strategik Cannis. Mata ganjaran dalam talian boleh digunakan sebagai diskaun yang membantu pengguna menjimatkan wang. Penyertaan dalam pertandingan yang direka oleh Cannis juga membolehkan ahli memenangi hadiah utama  melalui perkongsian.

Ketua Pegawai Operasi Cannis, Encik Mohammad Mustaqim Bin Abdullah menegaskan bahawa platform itu secara aktif akan menjalankan susun atur yang komprehensif untuk perkhidmatan dalam talian dan luar talian, supaya gedung yang sedia ada tidak lagi dibatasi oleh saiz atau sekatan serantau ruang. Melalui mod Cannis e-commerce dan  keutamaan belanja, maklumat pedagang boleh diperolehi dengan kos terendah ke pasaran sasaran yang tepat, oleh itu memaksimumkan keberkesanan pengiklanan.

Rakan Strategik Cannis

Rakan-rakan strategik yang hadir pada hari tersebut termasuklah Dr. Eco-Dr. Coco Alex; Produser Syarikat Produksi Da Motion, Encik Along; Pengarah Kreatif (凯 优 影视 控股 有限公司), Miss Bo Bo; LongTV Sdn. Encik Chis Yen; Weber PDT Pusat Kesihatan Rawatan Kanser Prof Madaya Dr. Martin E. Roberts; Ketua Pegawai Eksekutif (名 资 股份有限公司), Encik (蔡逸群) dan Dr. DNA Encik Jannings Lee.


Konsul Kehormat Republik Slovakia, Tan Sri Datuk Sri Tee Keat berkata bahawa Cannis mempunyai ketajaman idea terhadap perkembangan trend. Melalui analisis pangkalan data yang besar, mereka secara tepat mempelajari keperluan sebenar pengguna. Budaya etnik yang kaya di Malaysia juga membantu mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia, bagi menarik rakan strategik pada masa hadapan. Sama ada dalam pemasaran media atau strategi pembangunan, Persembahan mereka sangat luar biasa.

Cannis adalah aplikasi bersepadu pertama di dunia yang menyediakan pengguna dengan pelbagai aplikasi App ini, penyiaran langsung, e-dagang,  diskaun membeli belah, rangkaian sosial, video pendek, permainan dan pembayaran, semuanya boleh didapati di Cannis App. Cannis yakin bahawa mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan budaya Malaysia sebagai titik permulaan, lebih mudah untuk mengembangkan Cannis dari Asia Tenggara ke seluruh dunia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://cannis.app.

Sekian info ~ Thanks all !



Selasa, 23 Oktober 2018

3 QUOTES FOR TODAY

Hi !

Just share some quotes that i like it very much !

Related image

Image result for jentik hati

Image result for atuk bebel

Jumaat, 19 Oktober 2018

Makan Nasi Lemak Purple di Season Cafe !!

Season Cafe Menghidangkan Pelbagai Kek dan Menu || Hi ! Selepas settle tengok haiwan di Zoo Johor hari tu, perut jadik lapar ! Apa lagi, jom kita ke City Square Mall.. Sekejap je, dalam 10-15 minit sampai City Square kalau lalu lintas lancar..

Cari-cari dan kami pilih untuk makan di Season Cafe ! First time jugak ni makan kat situ ~

So inilah menu kami orang Melayu !! Asian Delights Menu !


Budak berdua tu makan Nasi dengan Ayam Masak Merah
= RM15.90

Aku rasa sikit, ayam masak merah tu lembut betul, macam digrill...sedap.lembut sangat~
Sambal memang terbaikkk ! Nyumm2~

SUGGESTED !


And me, makan Nasi Lemak 
= RM17.90

Tarikan terbaru kat situ! Honestly, Boleh tahan  !!!! Warna purple, tapi rasa macam biasa...sambal tu yang penting~ Sambal tu tak berapa pedas laa..tapi aku suka, sebab bila digaul bersama tu memang rasa nak makan bertambahhh ! Ayam tu, ayam goreng.. aku prefer ayam macam dorang punya, lagi lembut.....

Lepas makan, nak dessert, so cubalah dessert ni~

 

Amek yang black bart tu, sedapppp.....i like ! All yang sweet, sedap to me..ahhaha..Menaikkan mood setelah seharian berjalan dalam Zoo..

Overall, kenyang dan puas hati. Memang suka, dan rasa nak datang lagi...aku tak puas hati, ayam tuh lembut sangat...ayam masak merah dorang punya....... 

So, sesiapa nak try, bolehlah singgah jugak ke Season Cafe. Memang banyak cawangan tau :-

Layari website :-


Lihat cawangan lain :



Nona pergi salah satu cawangan di City Square, Johor :-

Lot J2-37, Level 2, Jalan Wong Ah Fook, 
80000 Johor Bahru, Johor

Hubungi : +607-221 1182





LANTAK FEST DI MYDIN MUTIARA RINI (19-21 OKTOBER 2018)

Hi semua !! Berita terbaik sekarang !!! Banyak giler aktiviti best-best !
Syok habis kalau participate terusssss ! Tengok orang join pon best woooo ! Kalau aku free ni, memang terjah terussssssssss lahhh~







Jommm singgahh !

Daftar sekarang!

1. BATTLE KARAOKE:
*********************
Open battle (18 tahun ke atas)

Apa jua jenis genre lagu.
Daftar RM30.

Markah dikira:
1. Suara
2. Showmanship
3. Gaya dan penampilan


2. MASTERCHEF LANTAKFEST
******************************
Penyertaan berkumpulan (2 dewasa, 1 kanak-kanak)

Menu : Bread and Sandwich
Inti & peralatan disediakan.

Daftar RM30 satu kumpulan.

+ Setiap kumpulan akan diberi voucher RM50 untuk sesi run and get di Pasaraya Mydin 
+ Live FB akan dibuat sepanjang program

+ Markah dikira daripada segi:
Ketepatan waktu
Hiasan & Kekemasan
Presentation skill kepada juri


3. KOMPANG HIPSTER:
**********************
Saksikan kreativiti pasukan kompang berirama secara battle competiton dengan gaya tersendiri.


4. LANTAK DOODLE:
********************
Terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
Daftar RM30.

Daftar dan lukis doodle di rumah-upload ke FB-Menang hadiah menarik

*Penyertaan dibuka juga di pentas utama pada 13 Oktober 2018 jam 2.30 petang. Hubungi kami.


5. KING & QUEEN LANTAK:
**************************
Daftar RM5.
Siapa paling pantas makan dan dikira pemenang!


6. SUKANEKA LANTAK:
***********************
Daftar PERCUMA
Aktiviti keluarga, dewasa & kanak-kanak