Beloved and loved
OKTOBER 2018 !!

Ahad, 31 Disember 2017

Design Sendiri Mouse pad dan Non Woven Bag - Memori Tersimpan Rapi

Assalamualaikum, hi !
Syukur masih bernyawa :)

PRINTCIOUS.COM ||  Yes, maybe ini penutup entri 2017. Nona try buat schedule entry banyak banyak.... harap sempat...

Ok, memang tak asing lagi, hasil yang memuaskan dari Printcious.com .
Syoknya bila ushar-ushar website nih ~ Memang banyak kali dah order, trusted tau.

This time, I order dua benda je.........kalau sebelum ni aku order baju, bantal, mug......kali nih i order dua benda ni, yang memang dah lama aku impikan untuk ada :)


1. Basic Mousepad - RM37.00




Comel je gambar dua member aku ni..........QA Department......Buat pertama kali aku share, kat FB and IG pon tak pernah share gambar dorang..hehe~  Letak target as PIC bahagian kualiti ni........



2. Basic Non Woven Bag (Rectangle) - RM24.10




So cute~  Memang ni idaman aku, nak letak nama blog, instagram, and gambar sendiri kat produk barang yang dibeli.

Memang pilih bag sebab aku tak pernah ada bag gambar sendiri..haha, bersiap dengan ayat ayat tuh yang best ~ Kalau bantal, sikit je aku leh edit....kalau dengan bag ni, puas hati akuu :)

Overall, I love to shop with Printcious.com .. huhu~

Terbaikkkk, i love you !








Rabu, 27 Disember 2017

Giveaway Happy New Year 2018

Hai ! Assalamualaikum !

Ok, aku join GA nih sebab aku nak support blogger and also, nak share  azam dan pengalaman manis aku sepanjang 2017 nih.

Tapi dalam dunia blogging la ehh ~


DATE : 18-31 Disember 2017


So, pengalaman manis yang aku simpan tersemat rapi untuk 2017 ni ialah :-

1. Bersama JDT Blogger.

Happy...Wujudnya sebuah group...Yay, kumpul Blogger Johor dalam group whatsap...
Tahun ni permulaan. So, ada buat aktiviti, dengan anak yatim, lepastu potluck sesama....enjoy la...sebab setiap aktiviti, ada makanan ..muahahaha~Tak la..sebab aku dapat bermesra dengan blogger2 hebat kat Johor ni.... syok beb !


2. Dapat Buat Food Review Bersama Blogger.

Ok, before this, aku tak berani dan tak mencuba... aku setakat review kedai kedai makanan yang aku pergi or makanan yang aku sendiri beli, but this year, already beranikan diri pergi review bersama blogger lain, sama ada JDT Blogger or Chinese Blogger.........Bestlah berkenalan dengan ramai blogger..... baca blog pon best best :)

3. Jana pendapatan dengan blog.

Sebelum ni ada, tapi tak bergerak pon, setakat tiga empat jer, this year bertambah sikit.....Ada orang mintak buat post, editkan blog....promote kan barang.......and siap nak collabrate buat giveaway..........Aku suka...walaupun baru nak start aktif, ada jugak dapat sambutan..... bermakna, ada orang nampak something dengan blog atau media sosial aku....

And aku kalau review, of course jujur...... yang mana tak suka, aku tegur jugakk..huhu~



Ok lah, next to azam dalam dunia blogging :-

1. Semoga dapat kekalkan mood berblog...well..ni every year kot..since lepas SPM, tak pernah tinggalkan blog...cuma tak aktif join aktiviti.......update tetap ada...huhu~

2. Aku nak up entri setiap hari at least satu pun jadikla.... ni tahun baru start Isnin, kan.... harapnya Ahad tu dapat start buat banyak banyakkk schedule entry..mihmihmihh~and every week dapat buat schedule entri...even ringkas, or hanya wordless je..haha~

3. Nak join aktiviti blog atau review lebih lagi. 
Yesss, inilah yang aku nak buat, dan aku yakin akan buat.kalau dulu rajin join segmen or contest tapi kali ni nak selitkan sekali aktiviti blog yang lain :)


That's all. Anyone nak join, sila lah klik banner tuh ye..laju laju sikit ! huhu~
Rezeki ada je ..usaha dulu...kannnnnn~

Isnin, 25 Disember 2017

Swedish Meatball Bukan Menu Pilihanku di IKEA JOHOR

IKEA, JOHOR || Hai ! Syukur masih bernyawa :)

Ok, tajuk boleh mendatangkan kemarahan? muahahah~

Hari Ahad, 24/12/17 aku dengan adik bongsu singgah ke IKEA TEBRAU, JOHOR. Yess, after a month dibuka, kini barulah kami singgah ke sana :)

(Lepas syarat jadik orang Johor, sebab dah singgah IKEA...hehe, gurau )

 

Hi, I love You ! Do u love me??


Memang best, banyak betul perabut , barang-barang yang menggugat jiwaku. Rasa geramm gerammm jah !


Ko tengok, senonoh ke takkkk? Nak tidurrrr je bila tengok hiasan bilik tidur.....kahh3~

=======================

Tapi kami terus pergi makan, sebab time tu dah lunch hour...Uhuk, dekat 20 minit gak la beratur, huishh... orang ramai gila kot ! Yela, hujung minggu kann~

So, inilah dia menu kami :)

 

Ada Chicken Chop, Soup of The Day (Mushroom Soup), Spicy Chicken Wrap, Garlic Bread, Spring Rolls, Vegie Ball, and of course, Swedish Meatball (15pcs) ! 

Laju je aku try rasa meatball..............to me, the meatball, ok la... xoxo.. agak tak panas, and kenyal kenyal macam meatball yang selalu aku makan.. Ok, jujur betul Nona. Bagi kebanyakan orang, maybe suka lah kot dengan meatball ni.... kann?

But then aku makan mushroom soup, and chicken chop ! Ahaaaaaaaa, delicious ! Aku suka ! Sedap jer dengan tekak aku ! Lemak-lemak nyumm3! Makan pulak garlic bread dengan soup..huyoooo, sedap mengancam ! Ada orang cakap, kuah chicken chop tu tawar, tapi aku bukanlah orang yang makan berkuah sangat....so it still sedap to me :)


Aku habis makan chicken chop, selang seli dengan meatball..makan dengan soup....errr, tak kena jugak dengan tekak..... stop jap....amek vegie ball, ianya adalah campuran brokoli dengan kentang....
I love this, i tell you  :) Then aku makan plak spring roll, RM1 per pcs. Not bad..hehe~


Huihh, time ni dah kenyang gila...mana nak makan spicy chicken wrap lagi...ahhaha~
Rileks dulu.....update status, tengok instagram jap...balas balas whatsap....

Dapatlah telan spicy chicken wrap...tapi satu jela ! Satu lagi, aku wrap semula, bawak balik...Pedas tuh ada, cuma tak pedas macam yang aku suka.... ok lah, asal nak rasa je sebenarnya ~

Tengok meatball??? Ok, ada balance...aku try makan tapiii dahh kenyang gila, tak dapat masuk lagi.
So, tinggalkan jela....first time aku tinggalkan makanan, selalunya mesti habis...hoho~

==========================

Kesimpulannya, kalau datang lagi, aku pilih chicken chop, mushroom soup, and vegie ball! 

Sorry, Swedish Meatball belum kena dengan tekak saya. Tekak orang lain lain kann...
Tapii, kentang yang sepinggan dengan meatball tuh sedap....kuah dia pun ok je :)


NEXT, 
Baru jalan tengok perabot, dari part 1-9 oi !

I enjoy tengok all the parabot........nanti rezeki lebihh, lehla Nona beli banyak ya.... 

One of my wishlist :-


Selimut ala-ala macam kat hotel...hihi~


Ok, last ~

THANKS IKEA JOHOR !

Semoga terus success and be the best !


Ramai dah singgah kan....tapi Yang tak terjah lagi, sini i share location

ALAMAT IKEA JOHOR :-

33, Jalan Harmonium 23/13, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor

(Dekat sangat dengan AEON JUSCO Tebrau)

Ahad, 24 Disember 2017

Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.

Assalam, hi...  Syukur, masih bernyawa :)

teringin nak join segmen ni.....harap harap terpilihh tau ~ Lama kot leh duk dalam bloglist cikLa....

Untung lah kalau ada rezeki...huhu

Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.

So, jomm reramai kita support yop ! Klik je banner okay !


Sabtu, 23 Disember 2017

Cuba Bergambar Di Belakang Langsir

Hi !


SELFIE BELAKANG LANGSIR || Kini aku yakin, gambar belakang langsir
memang awesome kot ! Menjadikk wehh ~




Ini langsir rumah sendiri je..... Dapatkan cahaya dari luar, menyinarkan wajahku yang indah ditata rias oleh adik sendiri... hehe ~

Siapa selalu amek gambar di balik langsir? Best takk? ahahahha... 

HOORAY : Its My Day Off - Me Time - Happy

Assalamualaikum, hai !

Syukur masih bernyawa :)


Related image

Ok, hari ni aku ambil cuti..............sepatutnya full day kerja, but today I  took off day.

Guna annual leave ~ Now, nak countdown 2018 ! Aku nak blogwalking, nak update macam-macam.... pergh, tiba rasa semangat  =.=

Plan hari ni, beli kain untuk buat baju raya ! Biasanya, raya pertama, memang pakai baju yang ditempah... Well, kalau berkenan, kita rembat, kalau tidak, kita ushar-ushar jek dulu..hoho~
Christmas Day nanti maybe ada offer lagi akhir tahun, ye dak !

Ikut design yang sendiri suka....tapi aku punya design taklah awesome sangat pon..hahaha..sebab fikir, pagi raya pon nak basuh pinggan, melawat kubur...melawat rumah-rumah time cuaca panas bak hang....huhuuuu ~

Image result for countdown 2018

So, let's enjoy, cuti sampai Christmas Day ! Macam aku plak yang beraya...muahahaha~ No lah..just nak give some space to me.... ME TIME gitu....selagi SINGLE nih..hehe~
























Notahati : Semoga lagi dua orang member aku tuh, tabahlah sebelum bercuti ni..banyak nak kena buat tu...huhu~


Ahad, 17 Disember 2017

Family Day Di Tg Sutera Resort, Kuala Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor

Hye ! Let's scroll my expeience here !


FUN TRIP || Siapa baca entri sebelum ni about Family Day Kilang tempat Nona bekerja, confirm dah tengok aktiviti yang kami lakukan dengan meriahnya.

Family Day 2017 telah berlangsung di Tanjung Sutera Resort, Kuala Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor.

So Nona nak review tempat penginapan kami sepanjang dua hari satu malam di sana.


Dari atas (tempat makan), boleh nampak tempat parking, parking bahagian dalam ni , muat untuk kurang daripada 10 kereta kalau tidak berhimpit. Tapi jangan risau, jalan sikit depan tu ada tempat parking besar...confirm muat banyak kereta.


Inilah dewan makan. Permandangan dari luar.

Nak jelas lagi? Ini diaaa (Credit : Google)

 

Ok, jom tengok our suite, tempat yang membuatkan tidurku lena !

 
Ini pandangan masuk pintu dan di sebelah kanan.

Meja dan kerusi rehat juga disediakan. Memang ngam !

 
Ini pandangan masuk pintu, dan di sebelah kiri.


Ada lebih dari 3 jenis bilik / suite untuk dibook. Nak menghadap mana? Tasik atau arah lain? Pilih je ! Ianya sesuai untuk sesiapa saja sama ada berdua atau beramai-ramai. Di sebabkan aku dan beberapa member yang masih single, kami dapat bilik family suite, muat untuk 8 orang. So ada 8 Katil Single ok ~


 

Tengok tuh air-cond. Fuhh, sejuk gila memalam, nasib baik ada kipas atas jugak.


To me, Special Thing about this suite :-
  • Bilik yang sederhana besar
  • Aircond dan kipas atas yang cukup menyejukkan
  • Dua toilet. Toilet yang luas.
  • Cermin ada tiga.  (Puas hati nak belek muka)
  • 8 katil single ( muat sorang satu katil)
  • Kerusi dan meja rehat disediakan di ruangan tengah
  • Arah kiblat telah ditandakan (Senang nak solat)
  • Almari disediakan.
Cuma langsir tu, harap dapat dibaiki, sebab macam tak cukup lebar atau agak jarang to us lah...
Pasal tu satu je aku tak berkenan. Yang lain is da bomb ! I love !



Walaupun ada berlaku black out, tapi telah diatasi sebelum malam menjelma.

So apa lagi yang best kat sana? Haaaaaaaaaaaa.. ini dia ~


1. Kolam Renang

 

Best betul berendam, 1 kolam dewasa, 1 kolam kanak-kanak. Enjoy!


Ko tengok muka memasing..muahaha~


2. Tempat untuk berkayak.


Syok lah bila lumba berkayak...Walaupun KALAH. haaha.
Aku tak pernah main kayak kot ! And this is Great Experience ! Memupuk keberanian, dont worry, safety terjaga.



3. View yang cantik

 

Memang mendamaikan jiwa kalau berdiri betul-vetul depan view nih.
Rasa rileks tau. Dan hati pun berkata :-
'Semoga masalah pergi menjauhhhh...........'


4. Dewan disediakan

 
Here.
Kami buat aktiviti di dalam ni... memandangkan hari tu cuaca hujan di luar..
Kejap berhenti, kejap hujan balik.
Nak tahu aktiviti apa yang kami buat ?  Klik LINK 


5. Padang 

 

Yes, hujan dah berhenti, kami turun padang !
Aktiviti tarik tali berlangsung dengan jayanya ! Hehe

Dan kalau orang laki nak main football pon takde masalah.



6. Makanan Memuaskan 

Ok, bagi aku, tempat makan dan makanan sangat penting bila pergi ke sesuatu tempat. Yela, dah buat macam-macam aktivti, confirmlah lapar...kan :)

Jom tengok kepuasan aku makan kat sini.

 
Yes, ni view dalam tempat makan, air sejuk..selama dua hari, 3 jenis yang sama.
Tapi disediakan jugak air panas, 
boleh buat sendiri, teh, kopi, susu atau apa sahaja kat kaunter tuh.


 

Lunch

 
Breakfast.

Dinner, aku tak snap kerana berlaukkan barbeque menu.


Ok, salah satu reason i said i am satisfied with this place is because..makanannya kat sini tersangat banyak, sentiasa topup kalau kurang....

tak perlu nak limit-limit makan... and ..tak payah fikir, 
"ala...nanti orang belakang cukup ke nak makan nih.... "

Menu memang tak sebanyak macam kat hotel.

Tapi lebih dari 5 menu jugak untuk lunch ! Huhu~
Set breakfast pon tak mengecewakan.. rasa berbaloi sungguh !!

Siap boleh tapau bawak balikkk !!!!! Serious okay. The best ever bila food cukup untuk semua perut  orang, muka ada senyum ~

==================================

Overall, I love this place, takda nyamuk gigit pon..even dari luar nampak macam banyak nyamukk~
Pokok Kelapa banyak di sekitar. Boleh petik dan minum.



Sesuai untuk bawak family datang sini...tapi diingatkan, tempat ni agak jauh dari kawasan luar...kedai pun tak ada di sini atau berdekatan ... Opps, line handphone?

Don't worry, line handphone clear, siap boleh buat LIVE okehh ~

Haa...Berbukit-bukit jugak kereta mendaki untuk ke sini..  bagi mendapatkan keseronokan bercuti..hehe

So,

THIS PLACE IS
SUGGESTED !


Any questions or ask for quotation, sila contact seperti dalam gambar di atas.



Have Fun Your Trip !
Plan Now For The Best !












Notahati: Hope next year pun tempat okay, and ada event family day lagi :) AMIN

Selasa, 12 Disember 2017

DIJEMPUT HADIR : FIESTA NANAS 2017, SAMBUTAN 60 TAHUN LPNM

Hai! Syukur masihh  bernyawa :)


EVENT || Fiesta Nanas 2017 bakal berlangsung sempena Sambutan 60 Tahun LPNM ~

Maklumat seperti di dalam banner di bawah.



Jom sama-sama meriahkan Fiesta Nanas 2017 ! Tengokkkk, abammm ramli pon ada yopp !
Si cantik manis Faradhiya pon akan join bersama !


Macam-macam aktiviti ada, pertandingan, senaman, demonstarasi, pelanacaran, cabutan berrtuah, forum agama.....wowwww, wowww ! Meriahhh dan santai gituu untuk semua golongan, sama ada  kanak-kanak atau dewasa, best nampakkk..nanti bebudak pon enjoy sama mak bapak......rugi tak join, nak-nak orang Johor dan berada dekat nau dengan Pontian.

Aku kasikk ZOOM tentatif :-


 


REMINDER !!!!

TARIKH - 14-17 DISEMBER 2017
TEMPAT - Pusat Perdagangan Bandar Baru Pontian, Johor 




Sekarang, Plan masa anda, save the date ! ! Aktiviti berfaedah bersama family time cuti nih kann, 

Jomlah support !

Sabtu, 9 Disember 2017

Family Day 2017 Went Well ! Work Together ! Pekerja Hebat !

FAMILY DAY 2017 || Syukur, Have a great family day this year ! Family Day Kilang went well !


Family Day berlangsung di Sedili Besar, Kota Tinggi.  Dengan macam-macam aktiviti , rasa woww gituu ! Makanan cukup, siap melebih lebih, boleh tapau sebab terlebihh weh...dengan bayaran RM 20 je kami sorang.... best kottt ! Aku suka gila ar !



Tahun nih best daripada last year because of tahun ni ramai yang joinn termasukk boss-boss lain....General Manager pon turun padang, memang rasa excited tu terlebihh sikit tau~



And best sebab dapat cuti dua hari oi ! Jom tengok antara aktiviti yang dianjurkan pihak SRC kilang kami. Have fun dengan tempatnya yang tenang.. TAHNIAH SRC CLUB tempat kami !

FUN and ENJOY !




 

Rebut kerusi

 
Bawak papan 

 

Bagi bini makan pisang. Jangan salah bini !! kahh3~



 

Belon letak bawah celah kaki

 

Cari uban untuk pass ke anak.

 

Tiup belon






Geng main baling tepung dan tarik tali




Tarik lelaki belah lelaki



Juara tarik taliiii wehhhh !

 

Karoks ! Nih single, member aku yang suara macam CTDK..haha
Lagu bosanova and dangdut ewahhhh !




My MUA is very beautiful kot ! Aku mintak dia buat kening je !

 

Aku tak dapat, amek pic member jela.... dapat cabutan bertuahh, bestnya.
Murah rezeki gituuu !


 

Last day apa lagi.......berkayak lah kita ! Weeehuuuuu !


Aku puji tempat ni walaupun first day tu ada elektrik mati selama beberapa jam, and air pon terputus bekalan...but then takdela sampai kami kena balik malam tuh jugak....pukul 7 semua dah ada semula ~


Tempat kali ni memang damai, dapat tengok sunrise pon best woi !
Guna OPPO . Tenangnya... saya nak ke sana lagi...... siapa ada resort yang best best atau pernah pergi resort best kat Johor? Jommm inform me ...... 

==========================


Harap next year dapat join dan dapat lucky draw hendaknya..AMIN...

Nanti later Nona review tempat ni.... boleh tahan best ! hihi~

-----------------------------------------

Jom bekerja dengan penuh semangat, 
susun semula strategi, jangan stress melampau..jaga hubungan baik...still have a life !


-------------------











Notahati : Masa type entri nih, tempat kerja tengah ada masalah.
Semua stress dan aku tengok semula gambar kami yang lebih ceria dan nampak
bersemangat !

Please kuatkan hati, bukan hang sorang ada masalah kat tempat kerja weyy!