Fun Trip : Banyak Show di Safari Wonderland, A Famosa Resort, Melaka !

Fun Trip : Banyak Show di Safari Wonderland, A Famosa Resort, Melaka !

Assalamualaikum, hello !

31 OGOS 2017 is Holiday Time ! Yes, sebelum balik kampung abah di Negeri Sembilan untuk sambut raya haji, kami singgah ke Melaka sebentar. Tapi bukan area bandar. Then where?

Yeahhh!! We went to A Famosa Resort for the first time !

Image result for ticket safari wonderland a famosa
Pinjam gambar en google

Boleh baca juga tentang Zoo Negara

Kami pilih untuk tengok haiwan. Adik nak mandi kat Water Theme Park, tapi confirm lambat punya, lepastu kami tak plan nak tidur situ pun...so kami terjah Safari Wonderland je. Time public day, ikut weekend punya harga...


Here, Safari Wonderland.


Yes, sebelum masuk, memang tak tengok review orang lain, terus terjah je..
Masuk dalam tuh...WOW ! Rasa teruja sungguh.. tak sabar nak naik truck...

Beratur agak panjang, menunggu dengan sabar...dan sampai turn, kami pun naik. Pergi ke kawasan-kawasan yang menempatkan haiwan liar secara bebas. Dapat tengok harimau, singa, rusa, dan ada macam-macam lagi....yang agak liar. Banyak pintu elektrik ada untuk setiap check point.

First time naik, rasa macam fuhh..dengan jalannya yang agak mencabar.......berbatu-batu, naik turun bukit pun ada, sekali rasa macam nak tumbang truck tuh.fuh ! Seram sis ! Lalu jambatan pun rasa macam nak roboh..... Kuss semangat ! ahhaha~

Don't worry, safety still terjaga. Ada kisah lucu tapi mendebarkan ..next entri Nona story.

Settle NAIK TRUCK selama 1/2 jam. Yes ! After that, continue jalan-jalan .. Huishh, lapor dah time nih, agak jauh sikit nak menapak ke food court. Sebelum ke Food Court, kami melawat dulu haiwan-haiwan lain...hehe~ Nak bagi makan haiwan? Boleh je !



           

         


          

Bestnya bercakap-cakap dengan haiwan..hahaa. Ada Chicken Farm, Fish Pond, Reptile House, Orang Utan of Borneo, semua kami tengok one by one. Then tiba tiba perut berbunyi. Aha, LUNCH HOUR now!


Masa beli tiket, kami ambil yang satu set dengan makanan, so just tunjuk kupon, dapatlah pilih menu apa yang nak dirasa. Aku pilih yang nihh..huhu. Blurrppp, kenyang!

Ok, Berdekatan tempat makan, actually ada Monkey Island. Apa yang best? Best sebab kita kena naik boat ke Pulau tuh. Dan kat situ, ada monyet dan kambing dibiarkan lepas bebas.. Jangan risau, tak liar pun and jacket keselamatan ada sewaktu naik boat.


Settle NAIK BOAT, kami naik ke food court semula, sebab dekat ngan surau. Bagi yang boleh solat, sila solat dulu...hehe~ Bagus, kan.. Tempat solat pun disediakan. So tak perlu risau nak solat kat mana atau terkejar kejar mencari tempat solat. Next, ada LIVE SHOW. Jadual live show seperti di bawah, so senang nak plan time masing-masing:



Wild-Wild West Show


Ehh, best giler dapat tengok lakonan atau teater depan mata ! Walaupun aku tak dengar sangat dialognya, nak-nak in English, tapi aku tetap tengok till the end. Segalanya real, aksi tembak menembak, letup sana sini, masuk kolam, panjat and terjun, semua REAL pelakonnya buat ! 




NEXT SHOW:

Multi Animal Fun Play.

Haiwan yang buat show dalam ni memang comel dan pintar-pintar belaka. Rasa macam nak try bela lah pulakkk. haha. Terkedek-kedek jalan..



NEXT ANIMAL SHOW:

Colour of  The Birds.

Birds buat show memang best. Ada burung yang boleh bercakap, main gelung, lepastu nanti, ada segmen burung terbang ke arah duit RM10 yang penonton hulur.. Fuh, terbaikk ek..  Hulur duit, laju je dia nak..Kan


Banyak saiz burung, dari yang kecil sampai besar burungnya tau. Burung kak tua? Ha, memang sure boleh bercakap.. loghat burung ni kelakar..hehheh~ Music yang dipasangkan pun memainkan peranan memeriahkan suasana.

LAST SHOW:
Elephant Encounter.

Dah lama tak jumpa si gajah ! I miss you gajah ! Hehe. Teruja jumpa si gajah setelah sekian lama tak pergi tempat-tempat macamni. 


Dalam show ni, gajah pandai berlakon. Best ! Dia tahu time bila kena tumbangkan badan, and bangun semula..hehe~ Kisahnya pasal gajah yang mati makan tanaman beracun.... Ada la pekebunnya aka penunggang gajah... Pergi dan balik bercucuk tanam...ha gitu. Penutup dia? Hehe, comel je...macam mana gajah ucapkan 'Selamat Tinggal' kepada kita, sangat cute !

SELESAI SHOW.

Clap, clap! Best and sangat excited! Banyak orang luar negara jugak.... Happy lah bila dapat bercuti macam ni.. Hehe.. Tak sia-sia duit masuk Safari Wonderland nih.... Memang enjoy habis ! Tak bosan pun, Memang seronok!

So, ada yang dah pernah pergi jugak? Atau belum pernah lagi? Haaa..try lah dapatkan experience menarik.... Atau baru nak plan percutian anda? Silakan plan sekarang untuk cuti mendatang...

Good Job Safari WOnderland, A Famosa Resort, Melaka!

Info Lanjut berkaitan Safari Wonderland, 

Alamat : Jalan Kemus, Simpang Empat Melaka
No Handphone : 03-2781 888 atau 06-552 0 888
Facebook : https://www.facebook.com/afamosa.my/
Website : https://www.afamosa.com/




===========================================

Trip yang sentiasa menjadi memori indah...So, Nona abadikan kenangan ini ke dalam Magic Mug dari Printcious. Nak tengok Magic Mug yang dah siap? Klik SINI 

Post a Comment

4 Comments

  1. Wahh bestnya! tak tahu pula Melaka ada tempat macamtu!

    ReplyDelete
  2. Hihi, memang..memang best gituu~
    Enjoy !

    ReplyDelete
  3. bila balik Melaka tak pernah teruja nak datang sini,tapi kalau kat sini teruja pulak nak datang sana,.heheh

    ReplyDelete
  4. Dulu balik johor dari shah alam lalu je sini tapi tak pernh singgah. macam teringin nak pergi sini. Menarik macam-macam aktiviti ada

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .