Kuatkan semangat dalam memiliki kasih sayang
OKTOBER 2017 !!

Rabu, 28 Jun 2017

Holiday : Tips bercuti di Pantai Cherating

Hai ! Haiii ! ! Syukur masihh bernyawa. How's life?
Ok ni nak story.. pasal lokasi percutian. Yela, alang-alang ambil cuti panjang, or tengah plan nak buat short trip ker..kan? You all dah ada plan nak kemana mana ke untuk beberapa bulan akan datang? Or hujung minggu nih Kerr?
Fuhh.. Kalau Nona.. Banyak sungguh choices. Tapi yang penting, dalam Malaysia ..sebab dalam Malaysia tak abisss lagi holidayy.... Kalau korang camana??

Haa..... meh tengokk antara tempat yang menjadi pilihan ialah ............................

Image result for bendera pahang
Apa ada yang menarik kat Pahang ??

Pahang sebenarnya mempunyai banyak tarikan yang membuatkan ia menjadi sebutan dikalangan para pelancong local dan juga antarabangsa. Bagi foreign tourist, jika datang ke Malaysia, kebanyakannya akan pergi ke Pahang untuk menghabiskan masa cuti mereka.

Antara tempat2 yang menjadi tarikan para pelancong adalah Genting Highlands, Cameron Highlands, Bukit Tinggi, Kuantan, Tasik Chini, Cherating, Pekan, Gambang Resort and Sanctuary. Sebab banyak sangat tempat yang menarik di negeri Pahang ni dan kalau nak melawat semuanya dalam 2 3 hari memang tak sempat.

Tak puas jalan laa..kalau singgah sekejap-sekejap. Korang rasa tak apa aku rasa nih? Hehehe~
Korang sekurang-kurangnya perlu dlm 1 2 minggu untuk spend time kat situ. Untuk aku story satu per satu pasal tempat-tempat ni pun akan mengambil masa dan page yang banyak. Jadi aku nak fokuss bercerita tentang satu tempat je dulu, iaitu Cherating ~ Cherating nan indah, menghilangkan peningg :)

Image result for pantai cherating
Siapa selalu dengar, Cherating adalah kawasan peranginan pantai terkenal di Pahang?
Ya, betullah tu, ianya terletak kira-kira 40 km ke utara Kuantan, di pantai timur Semenanjung Malaysia.. Walaupun ia ini bukan di antara yang mempunyai pantai yang cantik jika dibandingkan dengan pantai-pantai lain di pantai timur tetapi Cherating ada ombak yang best untuk korang yang minat surfing.

Pasir yang lembut dan air suam dari Pantai Cherating bergabung dengan ombak yang sempurna pasti menjadi tarikan kepada surfers dan pelancong ke pantai yang kurang sesak ni.
Image result for cherating point

Tidak dinafikan, kepada korang yang baru nak belajar surfing, di Cherating Point, ada, sekolah surfing yang terkenal di situ. WOW ! Siap sekolah tauu ~
Image result for pantai cherating
Pantai Cherating adalah salah satu daripada beberapa pantai dengan ombak yang cukup baik untuk surfing semasa musim monsun (November dan Disember). Di seketar area ni juga ada tempat daya tarikan eko-pelancongan baru muncul seperti santuari penyu, pelayaran sungai dan aktiviti berkayak dan Pulau Ular. Pulau Ular adalah sebuah pulau kecil terletak kira-kira 1-2 kilometer dari pantai Cherating. Korang boleh menaiki bot laju untuk ke Pulau Ular tersebut dalam masa 20 minit. Pulau Ular terkenal dengan kehidupan laut yang masih terpelihara dan aktiviti snorkelling adalah aktiviti yang popular di pulau itu sebab airnya yang cetek dan tenang.


Image result for batik di cherating

Cherating juga dikenali sebagai Kampung Budaya, kerana ia merupakan pusat kepada aktiviti kebudayaan seperti kelas lukisan batik.



Related image
Untuk korang yang dari KL tu nak datang ke Cherating ni tak susah pun sebenarnya, cuma tempat ni macam ke dalam sikit tapi memang berbaloi la. Mula2 korang kena menaiki Lebuhraya Pantai Timur dan ambik susur keluar ikut Jabor. Lepas itu, korang terus je ikut papan tanda ke Kemaman. Apabila sampai di Sg Ular, korang akan masuk ke jalan utama Pantai Timur dan straight je lagi selama 15 km lagi untuk sampai ke Cherating. Kalau dari Kuantan, korang just perlu ikut papan tanda ke Kemaman, melalui Beserah dan Balok, lepas tu sampai Cherating.
Others

Suria Cherating Beach Resort

Lobby

Orked Homestay


Once dah sampai di sini, korang kena buat apa dulu? Mesti la check in di hotel atau resort untuk bermalam kan. Macam aku, selalunya aku book cherating hotels online on Traveloka, sebab senang giler kot book melalui website tu. Tak payah pening-pening pun.

Search je, tak sampai dalam 1 minit, Traveloka akan bagi senarai hotel atau resort yang ada di Cherating tu. Daripada hotel 1 bintang hingga ke hotel 5 bintang !! Senang kan korang nak pilih.

 

Kalau korang nak terus cari hotel atau resort yang korang suka, taip je nama hotel yang korang nak book tuu, Traveloka akan sediakan kesemuanya seperti apa tempat menarik yang berdekatan, service-service yang hotel tu provides, facilities dan juga jenis-jenis bilik yang terdapat di hotel tersebut.

Image result for traveloka

Pendek kata, Traveloka ni memang bantu kita dari A sampai ke Z. Korang tak perlu lagi nak buka 1 tab untuk book, satu tab lagi untuk tengok apa tempat yang menarik dan bla..bla..blaa. Kerja itu memang menyusahkan kita. Ia akan buat kita dari semangat nak pergi bercuti, terus down, haha!

Haa, rasa macam teringin nak bercuti tak sekarang? Aku dah share macam-macam tips tu. Tunggu apa lagii, cepat laa plan percutian korang sekarang! Dont worry , as long as Traveloka is trusted and has tip top services for a long time.. Have a nice day with Traveloka !

Image result for vacation

Sapa pernah bercuti at Cherating? Story jugak jommm !

Tiada ulasan: