Kuatkan semangat dalam memiliki kasih sayang
AUGUST 2017 !!

Selasa, 20 Jun 2017

EOperasi memudahkan proses? ?

EOperasi tu apa benda ? EOperasi Modul Pengurusan Guru adalah salah satu modul pengurusan daripada KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia). 

Inilah usaha pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memudahkan para guru mengemaskini data mereka dalam perkhidmatan perguruan.

Guru sahaja? Ok..., ok...... untuk para pengguna lain, kerajaan masih memberi inisiatif yang dapat memudahkan rakyat Malaysia menyimpan data seterusnya membantu kerajaan untuk memberi perkhidmatan terbaik.. Antaranya yang Nona dah survey :-

SAPS Ibu Bapa
APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid)
HRMiS
Jawatan Kosong


Guru-guru juga boleh menggunakan E-Operasi untuk menyemak status guru jika mereka mahu bertukar tempat melalui Borang Status Kedudukan Guru (BSKG).

Image result for cikgu mengajar


Kewujudan e Operasi memang betul betul memudahkan para guru untuk menguruskan data-data yang penting semudah di hujung jari saja. 

Lebih-lebih lagi di zaman serba canggih nih, urusan yang melibatkan aplikasi ini boleh digunakan di mana mana sahaja. Sebelum tidur, tengok hp, dah boleh akses, selepas kekenyangan, tengok ipad kejap,  dah boleh uruskan data dalam sistem nih. 


CARA APLIKASI 

Okay....

Bagi mengetahui panduan untuk login eOperasi secara online,  boleh teruss klik di sini --> eOperasi

Guru-guru jangan khuatir..amat digalakkan untuk login sistem ini melalui laman web ini kerana tidak akan berlaku apa apa masalah website down atau Laman tidak dapat diakses. 



Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk mengemaskini data-data melalui e-Operasi


Ketahuilah bahawa modul eoperasi ini menguruskan hal berkaitan guru mahupun bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pengguna (guru dan bukan guru) serta pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah).

Tertanya tanya, apa sebenarnya kebaikan eoperasi kepada guru-guru?

Banyakkkk sangat, seperti yang dicerita di awal perenggan, ianya memudahkan kerja guru mengemaskini data, nah terbukti dari situ sudah menjimatkan masa kerana segalanya sudah tersedia !

Aplikasi online ini berguna kerana boleh diakses dari mana mana pun tempat, selagi ada rangkaian internet. Segala ketidakfaham, masih boleh dirujuk kepada Pentadbir Sistem.



Ok lah, senang cakap, Nona suggest kepada semua untuk singgah link yang dimention semuaa, sebab banyak benda baru dan berfaedah melalui aplikasi tersebut.


Sila-silalah share kepada members, guru guru, or mak bapak yang maybe tak terbaca artikel ini... 

Semoga ia membantu  ramai orang dan lebih tahu mengenai eoperasi 2017 ini di samping mengemaskini data-data mereka hanya secara online.  


Related image


Tiada ulasan: