Tabahkan hati dalam memiliki kasih sayang
JUNE 2017 !!

Sabtu, 14 Januari 2017

Sila semak keputusan peperiksaan anak anda agar bersedia.

Assalamualaikum, hai !

Ok, kenapa nona ajak ibu bapa atau akak akak, abang abang untuk semak keputusan peperiksaan  si anak?

Yes, ini adalah kerana, ada masanya, anak-anak takut untuk memberitahu result mereka yang kurang memberangsangkan, dan  jika mereka sorokkan daripada orang dewasa, kita tetap boleh mengetahuinya.. sehingga si anak benar benar bersedia untuk menceritakan perihal result mereka.

Image result for exam

Sebagai ibu bapa, atau penjaga kepada mereka yang masih bersekolahh.., hal berkaitan pembelajaran seharusnya dititikberatkan kerana melibatkan masa depan. Ibu bapa perlulah memantau result anak anak, untuk membaiki apa yang kurang, dan gagal dipelajari sebaiknya. Bukan hanya memperlekehkan atau bantai mereka jika mereka takut-takut ingin menyampaikan berita kurang memuaskan.

Nah, terdapat sistem baru yang membantu! Dengan sistem terbaru ini, ibu bapa atau penjaga tidak boleh ditipu lagi! Dan lebih menyenangkan situasi ibu bapa yang tidak berkesempatan untuk singgah ke sekolah bagi mengetahui result anak mereka.


Ok, ini nama singkatnya, SAPS Ibu Bapa... Nama penuhnya ialah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Ibu Bapa. 

Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat satu sistem online bagi membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan anak-anak melalui online. Sistem ini adalah sistem SAPS Ibu Bapa yang direka bagi membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5. Wow ! Bagus betul ! Nak, nak, zaman sekarang memang semua di hujung jarii kannnn~


Image result for saps ibu bapa


Cuba kita imbau semula...........,

Sebelum wujudnya sistem semak keputusan peperiksaan SAPS ibu bapa ini, ibu bapa perlu ke sekolah setiap kali habis musim peperiksaan untuk memeriksa keputusan anak-anak. Ibu bapa perlu meluangkan masa untuk bertemu guru kelas, mendengar kata kata guru tersebut, membuat appointment dengan guru, dan hal ini sangat memakan masa dan tenaga tau ! Bukan setakat bersesak di tempat perking je, malah menunggu giliran juga..fuhhhhhhhhhhhhhhh!

Selain itu, Sistem SAPS ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan Negara kita. Fuhh, terbaikkk lah Malaysia !

Related image

Untuk memeriksa secara online sila klik di sini --> SAPS Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan.
Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa.



Opps ! Sebelum terlupa, 

Jika anda menggunakan website official atau website lain,  proses semakan memang agak sukarr kerana server tidak dapat menampung pengguna yang banyak dalam satu masa. 

Jadi melalui website yang dicadangkan, pasti lagi  tiada lagi isu frust sewaktu menyemak keputusan peperiksaan anak-anak dan ia memudahkan kerja kita lagi insyaAllah.

Oh Ya, Saps Semakan Ibu Bapa boleh diakses melalui online, walau di mana pun dan bila bila sahaja asalkan line internet okay dan keputusan-keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem ialah keputusan-keputusan setiap peperiksaan, dari murid darjah 1 hingga keputusan murid tingkatan 5. Tambahan pula,  Dalam sistem SAPS NKRA ini, keputusan UPSR, PT 3, serta SPM akan selalu diupdate. So, tak perlu risau.........

Image result for result exam

Hah, nanti duluuu ! Nasihat kepada ibu bapa, Apabila anda sudah boleh menyemak keputusan anak anda pada bila-bila masa dan tak dikira di mana pun lokasi anda, sila terus prihatin dan mengambil berat tentang pendidikan mereka. Jangan dibiarkan masalah yang ada. Jnagan pula memarahi tanpa usul periksa.

Jadikan kelebihan teknologi ini satu batu loncatan kepada kita mendidik anak-anak. InsyaAllah, semoga tak terjadi lagi semua perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan,  tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pembelajaran kerana tahu kita ibu bapa tidak pedulikan apa pun yang jadi. serta lain-lain perkara tidak baik,

So, kepada anda yang terbaca atau memang baca............,


Sila share artikel ini semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai SAPS Ibu Bapa online ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online. KANTOI !!!! 


Image result for motivation for study














3 ulasan:

Shahida Dzulkafli berkata...

Zaman dah canggih, banyak yang boleh dibuat secara Online.. kena bijak je..

Linda berkata...

Saya pun suka sgt check kat sini....lega ada website ni ..takde dah issue cthnya anak buat2 lupa markah exam ke, kata x dpt result lg ke hehe

Unni Anje berkata...

zaman teknologi SEMUA HUJUNG JARI KAN