Kuatkan semangat dalam memiliki kasih sayang
OKTOBER 2017 !!

Sabtu, 22 Ogos 2015

AKU SUKA LAH CINTA PALING AGUNG MOVIE nih

Assalamualaikum, hello ! Alhamdulillah hari ni masih bernafas, dan berblog :)


Okeh, ni memang filem dah keluar drpd hr tu, tapi belum berkesempatan nak tengok, so semalam dah kasik tgk sampai the end ^____^   So sweet and lot of moral sangat-sangat ! 

SESUAI BAGI YG NAK KAWEN NGN LAKI ORG, BG YG SINGLE, BAGI YG BAKAL BERMADU or  senang cakap, BAGI YG RUMAH TANGGA PROBLEM , haaaa, wajib tonton ^_^

The key is  AGAMA DAN TANGGUNGJAWAB kitaaaaa sebagai hambaNYA <3









Pengajaran yg aku dapat di sini berkenaan hal rumah tangga seperti :-

1. Aku tak boleh kacau suami orang selagi tak pastikan ape sebab musabab, dan betul ke bini nya mengizinkan?

2. Aku tidak boleh leka dengan persaan cinta terhadap laki orang lain sehinggakan tak nampak kesalahan lelaki tersebut mengabaikan nasib isterinya

3. Aku perlu jadi wanita yang bijak mengawal emosi dan perasaan, walaupun sukar, berpijak di bumi yg nyata

4. Aku seharusnya beri nasihat kepada yg terlibat sekiranya perkara ini terjadi dalam kisah hidupku .

5. Aku perlu banyak2 berdoa kepada ALLAH agar urusan bersama jodohku dipermudah dan direstui

6. Aku perlu mendapat restu dan support daripada family untuk aman dalam berumah tangga

7. Aku harus bertanggungjawab terhadap diri dan agamaku :)





Dan dari situ, ada beberapa ayat yang aku salute, yg aku suke, NOTED :)


“Wanita itu tercipta dari tulang rusuk lelaki, bukan dari tulang kepala lelaki. Kerana wanita bukan untuk memimpin lelaki. Dan kenapa bukan dari tulang kaki? Kerana wanita bukan untuk menjadi hamba abdi lelaki.”

“Keutamaan seorang perempuan adalah solat di rumah. Ketika dia solat di masjid, dia bukan perempuan biasa.”


“Tidak ada satu pun rumahtangga yang tidak pernah ada masalah.”


“Saya jatuh cinta pada ilmu, iman dan juga peribadinya.”

“Masa kita bersama dah tak banyak bang. Dan Myza cuma nak abang luangkan masa sebanyak mungkin dengan Hanna.”

“Bapa ngak mahu kamu itu menjadi penyebab runtuhnya sebuah masjid, apa jawapanmu nanti ditanya di akhirat?”
" Sekiranya dia menceraikan bininya, tidak mustahil dia juga akan menceraikan kamu suatu masa nanti"
"Andai suatu masa dia akan menjadi BEKAS SUAMIMU ...egt lah, kami tidak akn pernah jadi BEKAS IBU BAPAMU"








Bagaimanapun, jodoh milik ALLAH

 dan selalulah berniat, berdoa yg bebaik........

..AMIN !



SINOPSIS 'CINTA PALING AGUNG'





Cinta Paling Agung mengisahkan tentang Khairi (Aaron Aziz) dan Amyza (Siti Saleha) yang telah berkahwin hampir sepuluh tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hanna.

Namun perkahwinan mereka tidak bahagia dan semakin hari semakin bermasalah. Khairi kemudiannya jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Dewi (Zaskya).

Kerana Dewi, Khairi sanggup membuat keputusan untuk menceraikan isterinya. Amyza yang terkejut dengan keputusan suaminya itu kemudian membuat keputusan untuk bersetuju.

Tetapi dengan syarat setiap pagi Khairi perlu mendukungnya setiap hari selama 30 hari dan Khairi dengan berat hati bersetuju dengan permintaan isterinya.

Sementara itu, hubungan Dewi dan Khairi tidak berjalan dengan lancar seperti yang disangka kerana ibu bapa Dewi kurang bersetuju dengan pilihan anak perempuannya itu.

Keluarga Dewi kemudiannya menasihati Dewi bahawa perbuatan bercinta dengan lelaki yang masih berstatus suami orang adalah perbuatan yang salah.

Dewi tersepit diantara rasa cinta dan bersalah terhadap Khairi serta ibu bapanya.

Adakah Dewi akan meneruskan hubungannya dengan Khairi sehingga ke jinjang pelamin?

Bagaimana pula dengan Amyza, adakah Khairi akan menceraikannya ataupun tidak?

3 ulasan:

Cikna berkata...

Dah lama xtgk wayang,huhuu.... Hidup ni umpama roda xmustahil ape yg kita buat itu yg akan kita terima nanti.

Halimahtus Saadiah berkata...

semalam budak opis ada jugak cerita pasal ni, hehe!dah lama tak tgk tv ni, tapi sy minat dengan tajuk dia...baguslah awak dah siapkan sinopsis ni yang rasa teruja nak tgk cerita ni...

ztie berkata...

Kat mana tgk eh? Dr dulu dgr org ckp cita ni sesuai sgt. Teringin nk tengok