Tabahkan hati dalam memiliki kasih sayang
JUNE 2017 !!

Khamis, 4 Jun 2015

OH ! ! AIR MANI BUKAN NAJIS !

Assalamualaikum, alhamdulillah untuk segala nikmat...

ape pun yg berlaku... ALLAH jua yg TAHU SEGALANYA !

Tadi pagi, mak aku  bukakk tv 9, 'Tanyalah Ustaz' ,


Ustaz tu cite psal najis...so adalah info pasal Air Mani dan Air Mazi :)

Mungkin ade yg dh tahu..tapi bg aku..ni ilmu baru... hahaa..
almaklumlah..ilmu saya masih cetek yeee   :(

ILMU 18 SX ker nihh, ahhahaa...atau.... pendidikan awal maybe??? ^__^


Selama ni aku dok piker, air mani tu najisss... sebab tulah kena mandii ... kan ~

dan air mazi tu, najis..tp najis kecik... sebab tu just CUCI je, kalau muncul ~kan~

RUPENYA, sangkaanku SALAH sama sekali ! !
SALAH DUA KALI ! TIGA KALI !

ishhhhh ishhhhh !




nah aku abadikan info ni , mcm yg ustz tu sampaikan.. :-



Air Mani 

Air mani adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila 
seseorang itu telah mencapai ke tahap memuncak kepuasan nafsunya. 
Ia berwarna putih. Apabila basah ia pekat dan mempunyi bau. 
Jika ia kering pula ia berdebu akibat digosok.. 

( ye..baru tahuuu... kalau kering.. ia berdebuuu ?? )

Air mani ini SUCI  dari segi syarak ok.... :)

Ia bukan najis tetapi hendaklah mandi wajib 
bagi mensucikannya untuk membolehkan seseorang itu menunaikan ibadat. .





Firman Allah yang berbunyi :

 “(Setelah mengetahui Yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan:
 dari apa ia diciptakan. Ia diciptakan dari air (mani) , Yang memancut (ke Dalam rahim), 
Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.” 
(At-Taariq : 5-7)




 Air Mazi

Warnanya jernih dan bertali. 
Ia merupakan air yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita apabila seseorang itu berada dalam keghairahan (syahwat).
 Hukumnya tidak wajib mandi setelah keluar air tersebut,

 Ia NAJIS dan WAJIB dibasuh anggota yang terkena air mazi !
dan tidak boleh dibawa solat...   :)

Cara Mencuci Air Mazi Air mazi dianggap seperti najis mutawassitah dan
 ia perlu dicuci dengan cara membasuh dengan menggunakan air mutlak sehingga bersih.

 Rasulullah SAW bersabda : 
“Berwuduklah dan cucilah kemaluanmu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


okeh, pastu aku pelik.. asal ea..suci pun nak kena mandi, tapi yg kotor, dikira najis tu..
boleh dibersihkan secara bersihkan begitu saja? tak yah mandi... ??!

Hal in disebabkan olehhh air mazi akan keluar banyakkk kali dalam sehari ! dalam sesuatu masa !
air mani lak,  sering muncul disebabkan persetubuhan !

ALLAH memudahkan hambaNYA, 
kalau air mazi selalu keluar, brpe kali aihh nak mandi kannn !



Now, sebab apa berlakunya air mazi dan air mani sbnrnye? 
TAK LAIN TAK BUKAN, KERANA ADANYA GHAIRAH, DAN NAFSU BERSATU !

nak info lanjut ke?
better g sini ye, hehee





ok, done... tu je dulu, ada hall.. ~

daaaaaaa



DONE, PUBLISHED !






1 ulasan:

Nurulhuda Abu Hassan berkata...

great sharing. hehe *gelak ada makna*